Laman Utama

Terpesong Akidah? Wanita Dakwa ‘Berinteraksi Dengan Nabi’ Dipanggil Untuk Jalani...

Hanafis Haris
10/01/2022
08:58 MYT
Sponsor Banner
Terpesong Akidah? Wanita Dakwa ‘Berinteraksi Dengan Nabi’ Dipanggil Untuk Jalani...

Baru-baru ini, kecoh mengenai sebuah video seorang wanita yang mendakwa telah berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah.

Melalui rakaman secara langsung itu, wanita itu memberitahu, baginda mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia selain turut menyebut nama isteri nabi, Siti Khadijah dan anak baginda, Fatimah Az-Zahra.

Susulan daripada itu, platform media sosial terus ‘dibanjiri’ dengan kecaman dan kritikan tentang sejauh mana fahaman wanita tersebut.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad memaklumkan wanita tersebut akan dipanggil menjalani sesi kaunseling di pejabat agama negeri yang terlibat.

Menurutnya, perkara itu perlu bagi membetulkan pemahaman wanita berkenaan.

"Jika kita tahu lokasi wanita berkenaan, kita minta pejabat agama negeri terlibat memanggil beliau untuk sesi kaunseling.

"Saya faham dalam keadaan langit terbuka semua orang boleh bercakap.

“Jika dahulu, penulis kolum akhbar akan disemak oleh editor tetapi sekarang semua boleh jadi wartawan, jurugambar, penerbit dan tukang cetak," katanya.

Tambahnya, beliau menasihatkan masyarakat mempelajari ilmu agama dengan pihak yang bertauliah bagi mengelak kekeliruan dan terpesong akidah.

Terdahulu, seorang waris kepada wanita berkenaan pernah tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan wanita itu berada dalam keadaan kecelaruan.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024