Laman Utama

Terpaut Personaliti, Alvin Chong Dipilih Jenama Longines Wakili ‘Wajah Malaysia’

Maliah Surip
10/12/2021
09:55 MYT
Sponsor Banner
Terpaut Personaliti, Alvin Chong Dipilih Jenama Longines Wakili ‘Wajah Malaysia’
Personaliti yang menawan dan disifatkan mempunyai ciri mirip cogankata Elegance is an Attitude membuatkan jenama jam antarabangsa, Longines memilih pelakon dan penyanyi Alvin Chong sebagai rakan jenama mereka di Malaysia.
Bintang tersebut mewakili nilai jenama yang penuh keanggunan serta gaya yang berkekalan sesuai dengan slogan "Elegance is an Attitude" atau keanggunan adalah suatu sikap.
Untuk itu, bersama-sama Alvin untuk memulakan kerjasama ini, Longines telah melancarkan siri kempen yang dibintangi oleh jejaka ini sendiri.
Dalam kempen pertamanya bersama Longines, Alvin Chong memakai The Longines Master Collection dan The Longines Legend Diver Watch – yang menampilkan rekaan lebih lasak namun masih anggun dan berkarakter moden seperti koleksi jam tersebut.
“Saya bangga dapat berkongsi nilai-nilai kami yang sama dengan seluruh dunia. Ia satu penghargaan besar dapat menyertai keluarga Longines yang penuh dengan nama-nama besar dunia lakonan dan sukan seperti Eddie Peng, dan saya benar-benar teruja dengan Kerjasama ini,” kongsi Alvin berkenaan kolaborasi bersama Longines ini.
Bermula sebagai penyanyi, Alvin Chong kemudian meninggalkan impak sebagai pelakon dalam drama popular, “Suri Hati Mr Pilot” serta “Awak Suka Saya Tak” dan “Takdir Yang Tertulis”, yang telah menaikkan namanya dalam dunia hiburan.
Sepanjang kerjaya lakonannya, beliau telah memainkan banyak watak dalam aneka siri drama serta filem berbahasa Malaysia dan Cina. Kemunculannya di pelbagai sampul majalah juga telah menjadikannya seorang ikon fesyen.
Sebagai penyanyi pula, Alvin yang fasih berbicara dalam banyak bahasa sudah merakam lagu dalam Bahasa Cina, Malaysia dan Inggeris. Beliau juga sudah membuat persembahan di luar negara seperti Korea, Thailand, Vietnam dan Filipina.
Beliau turut berpeluang berkolaborasi dengan ramai artis serantau. Keterbiasaan dengan pelbagai budaya dan latar belakang penuh bakat menjadikannya seorang artis yang dinamik dan sesuai buat pentas dunia.
Sebagai rakan jenama Longines, Alvin akan muncul dalam beberapa aset komunikasi yang merentas- saluran jenama tersebut, sambil berkongsi keanggunan dan keabadian gayanya.
Longines telah berpusat di Saint-Imier di Switzerland sejak 1832. Kepakaran mereka membuat jam mencerminkan ketekunan pada tradisi, keanggunan serta prestasi.
Dengan pengalaman bertahun sebagai penjaga masa kesukanan dunia dan rakan kongsi persekutuan sukan antarabangsa, Longines telah membina Kerjasama yang kukuh dengan dunia sukan sejak bertahun lama.
Terkenal berkat keanggunan setiap mahakaryanya, Longines merupakan ahli Swatch Group Ltd., antara pembuat produk horologi terulung dunia. Dengan jam pasir bersayap sebagai logo, jenama ini mempunyai cawangan di lebih 150 negara.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024