Laman Utama

Terlalu Celupar & 'Kaki Provokosi', Twitter Sekat Akaun Kangana Ranaut

Maliah Surip
05/05/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
Terlalu Celupar & 'Kaki Provokosi', Twitter Sekat Akaun Kangana Ranaut
Aktres Bollywood Kangana Ranaut kini hilang salah satu platform media sosialnya selepas pihak Twitter menyekat akaun miliknya awal minggu ini.
Menurut laporan NDTV, Twitter bertindak menyekat akaun milik Kangana kerana aktres itu kerap melakukan provokasi, terlalu celupar, biadab dan melanggar norma pengguna media sosial dengan melahirkan kebencian serta hasutan.
"Kami sudah menjelaskan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap tingkah laku berpotensi menyebabkan bahaya di dalam talian.
"Akaun (Kangana) dirujuk sudah disekat selama-lamanya kerana berulang kali melanggar Peraturan Twitter, khususnya dasar Perilaku Kebencian dan Tingkah Laku Penderaan," kata jurucakap Twitter kepada AFP melalui e-mel.
Selain sering bertelagah dengan penggiat seni, Kangana sering menciap hal berunsur politik sehingga boleh membangkitkan 'gangguan'.
Terbaru, bintang filem Queen itu menggelarkan seteru Perdana Menteri India, Narendra Modi sebagai raksasa.
Wanita berusia 34 tahun itu juga sebelum disekat menggunakan Twitter sempat mengejek perihal yang berlaku termasuk berita mengenai pembunuhan dan huru hara yang sedang terjadi di India.
Memberi respons terhadap akaunnya yang disekat, Kangana menyelar sudah tahu dirinya akan berdepan dengan tindakan tersebut memandangkan dia bukan berasal dari 'orang kulit putih'.
"Aku ada banyak platform lain untuk menyuarakan pendapat termasuk medium seni aku dalam dunia sinema," katanya kepada sebuah agensi berita, ANI.
Kredit Foto: Getty Images
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024