Viral

Taubat Jadi Pondan, Lelaki Nikahi Teman Wanita Lepas 8 Bulan Bercinta

Maliah Surip
23/01/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Taubat Jadi Pondan, Lelaki Nikahi Teman Wanita Lepas 8 Bulan Bercinta
Seorang lelaki yang pernah menjalani kehidupan sebagai pondan atau berdandan seperti wanita menarik perhatian netizen selepas mengumumkan selamat berkahwin dengan kekasihnya.

BERITA TRENDING: "Kau Pondan Tak Ada Anak, Sedap-Sedap Nak Cakap Anak Aku ..." - Che Ta

Aby Respati, lelaki yang bertaubat menjadi pondan itu bukan asing dalam kalangan netizen di Indonesia. Dia sebelum ini dikenali kerana menjadi rakan baik kepada anak saudara penyanyi Ashanty, Millendaru yang merupakan seorang transgender.
Aby bagaimanapun memutuskan bertaubat pada tahun 2018 selepas mula menjadi pondan sejak tahun 2013. Dalam salah satu temubual dia mengaku sudah memiliki sikap feminin sejak kecil.

PILIHAN PEMBACA: Disangka Wanita Rupanya Pondan, Jaa Suzuran Suruh Fara Mendoza Bertaubat?

Selepas bertaubat dan benar-benar menjadi lelaki sejati pada 2020, Aby meninggalkan dunia silamnya.
Selepas sering berkongsi kisah dirinya yang kini kembali menjalani hidup normal, Aby mengumumkan perkahwinan dengan seorang wanita baru-baru ini.

PILIHAN PEMBACA: “Tidak Ku Pinta Jadi Begini…”- Suami Kongsi Perubahan Jadi Wanita, Isteri Setia Terima Seadanya

Dia dilihat berkongsi foto-foto perkahwinan dengan Hardiyanti Pantjur yang berlangsung di Bogor.
Pasangan tersebut diketahui telah menjalin hubungan cinta selama lapan bulan sebelum sepakat berkahwin.
Lelaki itu menulis kapsyen pada salah satu foto perkahwinan mereka dengan berterima kasih kepada isteri kerana menjadi wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.
“Dengan kamu saya telah menemui jalannya,” tulis Aby.
Sewaktu menjadi pondan, Aby mengaku kerap mengambil pil hormon wanita namun tidak pernah melakukan sebarang pembedahan untuk menukar fitrah dirinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024