Laman Utama

Tambak Johor Meriah!Laungan ‘Anak Malaysia’, Lagu Negaraku & Balik Kampung Dinyanyikan Sempena Pembukaan Sempadan

Syafiqah Jalal
01/04/2022
02:26 MYT
Sponsor Banner
Tambak Johor Meriah!Laungan ‘Anak Malaysia’, Lagu Negaraku & Balik Kampung Dinyanyikan Sempena Pembukaan Sempadan
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri...kepulangan rakyat Malaysia ke tanah air adalah momen amat bermakna selepas dua tahun sempadan Singapura dan Malaysia ditutup.
Selepas diumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April hari ini, kelihatan ramai menanti di pintu sempadan malam tadi, bagi membolosnya tepat jam 12 malam tadi.
Menerusi beberapa video yang tular dan dikongsikan semula oleh Bernama dalam akaun Instagram rasmi mereka, mendapati suasana meriah dengan ramai saudara mara dan rakan-rakan bersedia menyambut kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura.<
Kelihatan juga, penunggang motorsikal dan dereta kereta juga bersiap sedia di Woodlands Checkpoint menunggu kurang satu jam saja lagi sempadan Singapura-Malaysia dibuka.
Selain itu, kedengaran rakyat Malaysia yang menaiki motor melaungkan 'Anak Malaysia" dan yang berjalan kaki dari Singapura pula menyanyikan lagu Negaraku, membakar semangat kembali ke tanah air ketika menunggu sempadan Malaysia-Singapura dibuka di tengah-tengah Tambak Johor.
Sorakan keterujaan rakyat Malaysia pulang ke tanah air didengari di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, selepas sempadan dibuka
Dalam pada itu terdapat juga pasangan suami isteri memasang lagu 'Balik Kampung' di dalam kereta sementara meredah kesesakan memasuki Tambak Johor.
Tidak ketinggalan kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura kelihatan beratur untuk memasuki Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024