Laman Utama

“Tali Gitar Terputus Ketika Lagu Jerat Percintaan” - TokTi Dedah Pengalaman, Kongsi Ilmu Dengan Nabila Razali!

Hanafis Haris
22/02/2021
04:29 MYT
Sponsor Banner
“Tali Gitar Terputus Ketika Lagu Jerat Percintaan” - TokTi Dedah Pengalaman, Kongsi Ilmu Dengan Nabila Razali!

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi nasihat dan petua ketika menyanyi di konsert atau sesebuah pertandingan berskala besar.

Nasihat itu diberi kepada Nabila Razali menerusi satu perbualan antara mereka di Instagram Live baru-baru ini.

Menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi, penyanyi atau apa jua pekerjaan pasti tidak terlepas daripada membuat silap.

“Kita bukan robot, sebenarnya susah nak capai ke tahap sempurna itu.

“Ada masa fikiran kita terganggu, kita down, tapi kena juga menyanyi. Apapun kita kena positif dan beri sehabis baik.

“Lainlah kita tak buat rehearsal, tak prepare, if kita gagal kita menyesal lah.

“Tips dia jangan tengok muka orang yang boleh buat kita stress, kalau nak nyanyi cari wajah-wajah boleh bagi kita semangat.

“Kalau konsert tu Kak Iti akan tengok dan cari muka peminat, mereka akan beri aura positif.

“Berbeza kalau kita pandang muka tak ada perasaan, berkerut,” katanya.

Jelas Tokti lagi, dia juga pernah mengalami masalah teknikal ketika menyanyikan lagu Jerat Percintaan di Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Ketika bahagian bridge ketika gitar tu tengah ‘goreng’, sebenarnya tali gitar tu putus.

“Boleh dengar pemain gitar main sekejap. Benda tu sedikit sebanyak menggangu juga.

“Apapun Insya-Allah Kak Iti doakan Bella (Nabila) boleh buat,” katanya.

Untuk rekod, lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Hussaini itu berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang bakal berlangsung pada 14 Mac depan.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024