Hiburan

"Takkan Ada Malam Berinai" - Mira Filzah

Amri Hassan
23/08/2020
04:50 MYT
Sponsor Banner
"Takkan Ada Malam Berinai" - Mira Filzah
Pelakon Mira Filzah memberitahu dia tidak akan mengadakan malam berinai menjelang majlis perkahwinannya yang dikhabarkan tidak lama lagi.
Mira ketika menjawab soalan yang diajukan peminat sama ada majlis berinai akan diadakan bertemakan Bollywood, pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu menafikannya.
"Adakah Bollywood antara tema untuk malam berinai nanti?" soal peminatnya.
Manakala jawab Mira; "Takkan ada malam berinai jadi I balas dendam dekat fotografi kanta lekap saja sis."
Jawapan Mira itu meredakan ketegangan peminat yang memuji tindakannya tidak terpengaruh atau terikut-ikut dengan budaya masyarakat luar.
"Bagusnya tak ikut budaya agama lain. Sebarkan budaya yang baik-baik saja," puji salah seorang peminat.
Dalam pada itu, Mira yang terpalit dengan kontroversi 'cultural appropriation' dengan menyarung pakaian tradisional masyarakat India baru-baru ini masih dipuji cantik oleh peminatnya.
Baca: Dakwaan Eksploitasi Pakaian Masyarakat India Demi Untung, Mira Filzah Mohon Maaf!
Baca: Salahkah Mira Filzah Pakai Sari? Pensyarah Fesyen Ulas Isu Cultural Appropriation
Baca: "Pengguna Twitter Itu Perlu Minta Maaf!" - Pemilik Butik Pakaian Bollywood Kecewa, Jelaskan Dia Pun Berketurunan India
Baca: “Kalau I Buat Tema Bollywood Untuk Wedding, Ada Yang Mengamuk Tak? Takut…” -Ernie Zakri
Difahamkan Mira kini sedang sibuk dalam persiapan menjelang hari bahagianya dan bakal menyarung beberapa helai busana perkahwinan rekaan pereka fesyen tersohor tempatan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024