Hiburan

“Tak Terdetik Dan Tak Sanggup Nak Cakap, Orang Tua Kot” – Dituduh Sombong, Ini Respon Salina Saibi

Mya Amri
07/01/2019
07:40 MYT
Sponsor Banner
“Tak Terdetik Dan Tak Sanggup Nak Cakap, Orang Tua Kot” – Dituduh Sombong, Ini Respon Salina Saibi
Pelakon Gerak Khas, Salina Saibi membidas tuduhan individu yang mendakwanya bersikap sombong dan biadap ketika diajak bergambar.
Salina memuat naik imej ‘screenshot’ komen individu berkenaan menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Ibu dengan kakak saya peminat Gerak Khas. Pernah sekali ibu dengan kakak saya terserempak dengan Salina nak minta bergambar, Salina Saibi boleh cakap dengan ibu saya, layak ke ibu dengan kakak saya bergambar dengan dia.
“Semenjak dari itu, ibu dan kakak saya sampai sekarang tak layan Gerak Khas,” dakwanya.
Salina memuat naik foto tersebut beserta kapsyen:
“Salam… Nak ngadu nih… Pagi-pagi kena FITNAH nih... Rasa-rasa korang saya seorang yang macam ni ke? Anda menilai saya,” tulisnya.
Malah menerusi ruangan komen juga, Salina memberitahu dia tidak akan sesekali akan menunjukkan sikap biadap seperti yang didakwa lebih-lebih lagi terhadap orang tua.
“@aliffwaniarash dalam hati pun tak akan terdetik ayat tu dan tak sanggup saya nak cakap... Orang tua kot. Orang muda pun lah. Mak kita didik kita elok wak… InshaAllah,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen foto itu juga dihujani dengan peminat Salina yang menafikan perkara itu dan berkongsi tentang sikap sebenar aktres itu.
“Peramah je @_salinasaibi_ bila bergambar dengan saya masa selebriti dodgeball… Tang mana sombong tu? Macam kawan-kawan je padahal pertama kali jumpa tau jumpa depan-depam. Tak percaya Salina sombong,” komen @sijelita.eiza
“@_salinasaibi_ Okay je… Peramah... Pernah terserempak dekat mall. Tak sombong pun, jangan lah fitnah orang. Nanti takut kena dekat diri sendiri atau keluarga,” tulis @adriana_cmhoSis
Foto: Instagram @_salinasaibi_
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024