Laman Utama

“Tak Tahu Apa-Apa Jangan Komen” - Kemelut Nana & 5 Sekawan, Zoey Minta Netizen Jangan Jadi Batu Api!

Hanafis Haris
04/08/2021
12:20 MYT
Sponsor Banner
“Tak Tahu Apa-Apa Jangan Komen” - Kemelut Nana & 5 Sekawan, Zoey Minta Netizen Jangan Jadi Batu Api!

Pelakon Zoey Rahman meminta netizen supaya tidak menjadi batu api dalam isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima rakannya.

Menurut Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 36, netizen tidak wajar meninggalkan komen-komen yang tidak sepatutnya.

Jelasnya, netizen juga tidak seharusnya masuk campur dalam urusan perundangan melibatkan artis berkenaan.

"Saya memang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Bagi saya netizen sepatutnya tidak masuk campur, kalau kita tidak tahu apa-apa jangan komen. Takut apa yang kita komen itu akan jatuh fitnah.

"Netizen tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah, jangan masuk campur dengan siram minyak lagi,” katanya.

Tambah Zoey, dia juga berharap supaya mereka dapat berbincang secara baik.

“Demi persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

"Mungkin ada masalah dalaman sebenarnya, cuba bincang secara elok. Masing-masing dah besar dan sejak remaja dah berkawan,” katanya.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura dipercayai membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Siti Nordiana kemudian meminta lima individu termasuk penyanyi Lan Solo, Syura, isteri kepada Lan iaitu Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam, Sam Samin serta jurusolek Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar RM200,000 setiap seorang dalam tempoh 24 jam.

Notis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terkejut dan dukacita Nana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Kenyataan yang dilemparkan itu juga dikatakan memberi kesan negatif kepada orang ramai dan penaja produk Nana hingga menjejaskan reputasinya.

Mereka didakwa menyiar, mengeluar dan menerbitkan kenyataan-kenyataan secara umum yang berunsur fitnah dan tidak benar terhadap Siti Nordiana.

Dalam pada itu, Siti Nordiana dalam satu kenyataan memaklumkan dia terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.

Siti Nordiana berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini. Bagi menjalankan tindakan undang-undang diambilnya, Siti Nordiana melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

BACA: Notis RM1 Juta Dibatalkan, Nana Hantar Writ Saman RM2.5 Juta Pula Kepada 5 Sekawan

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024