Hiburan

Tak Sambung Kontrak, Suzy Ambil Keputusan Tinggalkan JYP Entertainment Selepas 9 Tahun

Mya Amri
26/03/2019
10:04 MYT
Sponsor Banner
Tak Sambung Kontrak, Suzy Ambil Keputusan Tinggalkan JYP Entertainment Selepas 9 Tahun
Pelakon dan penyanyi Korea popular, Suzy mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya JYP Entertainment.
Keputusan itu dilakukan selepas menjadi artis bawah pengurusan syarikat tersebut selama sembilan tahun.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh JYP Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.
“Hello ini adalah JYP Entertainment. Kami ingin mengumumkan kontrak eksklusif JYP bersama Suzy akan tamat pada 31 Mac ini.
“Kami telah mengadakan perbincangan beberapa bulan lalu dan membuat keputusan untuk melepaskan Suzy dengan menghormati keputusannya untuk tidak memperbaharui kontrak.
“Sebelum ini Suzy telah memulakan kerjayanya sebagai anggota kumpulan Miss A pada tahun 2010 dan bekerja keras sepanjang kariernya.
“Pada tahun 2017, Suzy sekali lagi telah memperbaharui kontrak bersama JYP. Suzy telah banyak mengharungi pelbagai pengalaman suka duka sepanjang Sembilan tahun bersama JYP.
“Selama sembilan tahun berada di bawah naungan JYP, dia merupakan seorang yang sangat istimewa dan berdedikasi.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah menunjukkan rasa sayang dan sentiasa menyokong Suzy sepanjang kerjayanya.
“Kami di JYP Entertainment akan sentiasa menyokong segala kerjaya seni yang dilakukan olehnya selepas ini,” jelas wakil tersebut.
Sumber: Soompi
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024