Hiburan

Tak Mahu Ganggu Kerjaya, Jung Kyung Ho Belum Rancang Kahwini Sooyoung

Kamaruddin Razal
13/02/2018
15:46 MYT
Sponsor Banner
Tak Mahu Ganggu Kerjaya, Jung Kyung Ho Belum Rancang Kahwini Sooyoung
Pelakon Jung Kyung Ho akui belum merancang untuk mengahwini kekasihnya, anggota kumpulan Girls Generation, Sooyoung.
Kyung Ho menjelaskan dia tidak mahu perkara itu menjadi beban kepada Sooyoung yang kini memulakan kerjaya dalam lakonan.
“Saya belum membuat sebarang perancangan untuk berkahwin.
“Keinginan itu memang ada cuba saya tidak boleh penting diri sendiri tanpa memikirkan perasaan dia.
“Saya mahu menolong Sooyoung untuk menjadi pelakon yang baik terlebih dahulu memandangkan dia juga sudah menceburi bidang lakonan.
“Saya tidak mahu perkara itu menjadi beban atau mengganggu kariernya.
“Saya mahu lihat dia berjaya dan apabila dia sudah mencapai segala keinginanannya barulah saya rasa kami bersedia untuk berkahwin,” jelasnya.
Sumber: Koreaboo
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024