Laman Utama

“Tak Kisah Kalau Nak Burukkan Saya Tapi…” - Video Nyanyian Lama Kembali Tular, Nuha Sebak Bila Keluarga Turut Terkesan

Mya Amri
27/10/2022
23:30 MYT
Sponsor Banner
“Tak Kisah Kalau Nak Burukkan Saya Tapi…” - Video Nyanyian Lama Kembali Tular, Nuha Sebak Bila Keluarga Turut Terkesan
Penyanyi, Nuha Bahrin tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
Menurut Nuha, ahli keluarga terutama ibunya sangat terkesan apabila melihat dia kerap menjadi mangsa buli netizen.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit.
“Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat,” jelasnya kepada Gempak.
Nuha berkata demikian pada majlis kesyukuran lagu Casablanca bertempat di Pejabat Universal Music, Petaling Jaya hari ini.
Bagaimanapun kata Nuha, dia turut memandang teguran dan kecaman itu dari sudut positif dan menganggapnya sebagai peringatan agar tidak mengulangi kesilapan sama.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik.
“Mungkin tidak sesedap yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai perosak lagu kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Namun dia bangkit dan menjadi bualan ramai selepas lagu duetnya bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca meledak sehingga ke Indonesia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024