Viral

"Tak 'Buat' Gigi, Cuma Putihkan Je" - Haqiem Rusli Jawab Spekulasi Gigi Tiba-Tiba Putih Tersusun Cantik!

Amri Hassan
15/04/2019
00:54 MYT
Sponsor Banner
"Tak 'Buat' Gigi, Cuma Putihkan Je" - Haqiem Rusli Jawab Spekulasi Gigi Tiba-Tiba Putih Tersusun Cantik!
Penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dia hanya melakukan rawatan pemutihan gigi agar tampil lebih berkeyakinan dan menarik.
Jelas pelantun lagu Tergantung Sepi itu, dia melakukan rawatan terbabit sekitar dua bulan lalu namun enggan mendedahkan lokasinya.
"Buat kat Malaysia je. Bagi saya ia lebih kepada keyakinan diri saya sebab saya bekerja sebagai seorang artis.
"Saya menghiburkan orang dan berjumpa dengan ramai orang setiap hari," katanya kepada Gempak.
Haqiem yang ditemui pada acara Jelajah GEGAR Pagi di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu lalu turut merahsikan kos rawatan pemutihan gigi.
"Rahsia, itu privasi, tak perlu diberitahu. Saya takut nak kongsikan banyak perkara sebab akan cepat tersebar dan orang akan bercerita daripada konteks berbeza pula," tambahnya.
Penampilan Haqiem terutama pada bahagian gigi yang kelihatan berbeza sejak beberapa minggu lalu menjadi perhatian netizen.
Malah, Haqiem juga kerap mengukir senyuman ketika di khalayak ramai hingga menampakkan gigi begitu juga kemas kini media sosialnya.
Spekulasi mula bertebaran di media sosial apabila ada yang mengaitkan namanya antara selebriti yang memasang veneer gigi bagi memberikan efek putih dan bentuk gigi yang tersusun.
Mengulas tentang perubahan imejnya yang lebih kemas dan teratur, kata Haqiem, pengalaman mendewasakannya.
"Dari hari ke hari saya belajar tentang fesyen dan muzik. Secara strateginya, sebagai seorang artis penampilan sangat penting sebab itulah identiti diri. Pengalaman mematangkan kita," ujar Haqiem lagi.
Sementara itu, Haqiem turut berkongsi perasaan gembiranya bertemu peminat di negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kalinya.
"Ini pertama kali saya bertemu peminat di Kelantan. Menariknya acara ini, peminat yang terdiri daripada setiap peringkat umur turun memandangkan lokasinya dipilih di pasar tani pada waktu pagi dan pasar malam pada sebelah petangnya," katanya.
Jelajah Pasar GEGAR Pagi di Kota Bharu, Kelantan, merupakan destinasi terakhir selepas di Pahang dan Terengganu.
Selain Haqiem, Jelajah Pasar GEGAR Pagi bersama personaliti GEGAR Pagi, Shah Muhammad dan Anna Aljuffrey itu turut disertai Luqman Faiz, Kucaimars, Zack Zakwan dan Amir Hasan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024