Hiburan

“Tak Adalah Buruk Tapi Saya Rasa Macam Bukan Diri Saya” - Zarina Anjoulie Bakal Buang Implan Hidung

Mya Amri
22/09/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Tak Adalah Buruk Tapi Saya Rasa Macam Bukan Diri Saya” - Zarina Anjoulie Bakal Buang Implan Hidung
Pelakon, Zarina Anjoulie tidak menolak untuk membuang implan pada bahagian hidungnya walaupun sudah melakukan pembedahan plastik.

Rasa bukan seperti diri sendiri

Zarina atau lebih mesra disapa Anju ini berkata bukan kerana tidak dia berpuas hati dengan hasil pembedahan itu sebaliknya merasakan tidak menjadi diri sendiri.
“Ya, saya baru buat hidung, tak ada yang perlu diselindungkan lagi kerana semua pengikut di media sosial saya sudah mengetahuinya.

“Saya bukanlah tidak berpuas hati dengan hidung saya. Saya suka sahaja hidung yang dulu tetapi kerana saya dibayar jadi saya lakukan sahaja pembedahan ini. “Tapi selepas membuat pembedahan saya rasa ini bukan diri saya (hidung baru).

“Saya rasa mungkin dalam hujung tahun saya buang implan ini. Saya saja nak tengok bila saya buat hidung ni,” katanya.
Zarina berkata demikian ketika ditemui di pelancaran produk Noir X RO yang berlangsung di Ampang Glasshouse, Ampang pada Sabtu.
Dalam pada itu, Zarina juga turut menjelaskan mengenai kolaborasi bersama klinik tersebut.
Kata Zarina, dia terlebih dahulu menghubungi pihak klinik berkenaan untuk mengetahui tentang prosedur pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

ARTIKEL BERKAITAN:Zarina Anjoulie Tak Malu Mengaku Pernah Buat Pembedahan Plastik - “Apa Yang Buat Rasa Hina, Potong Usus Tapi Dia Claim Diet”

ARTIKEL BERKAITAN:“Anda Tak Perlu Buat Pengumuman Bila Rasa Nak Unfollow Me” - Zarina Anjoulie

Penjelasan tentang tajaan klinik

Bagaimanapun apabila pihak klinik mengetahui dirinya adalah seorang selebriti, mereka tertarik untuk menjalinkan kerjasama.

“Kerjasama ini semuanya bermula apabila saya approach mereka saja tanya tentang prosedur ini. Mereka lihat media sosial saya dan tahu yang saya ini seorang selebriti.“Lagi pun saya dapat buat secara percuma dan mereka juga membayar saya. “Cuma selepas membuat pembedahan itu, saya rasa macam okaylah. Tidaklah buruk tetapi saya rasa ia bukan diri saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Zarina kembali menjadi bualan ramai apabila mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan hidung.
Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju berkata, pembedahan tersebut dilakukan di sebuah klinik di Vietnam dan kini dirinya memerlukan rehat yang cukup.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar