Laman Utama

“Tak Ada Masalah Menyanyi Lagu Ketuhanan, Dapat Berdakwah Menerusi Lagu” – Nash

Mya Amri
14/12/2021
05:38 MYT
Sponsor Banner
“Tak Ada Masalah Menyanyi Lagu Ketuhanan, Dapat Berdakwah Menerusi Lagu” – Nash
Penyanyi, Datuk Nash memberitahu tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan.
Bahkan kata Nash, nyanyian solo dan bersama Lefthanded sebelum ini juga mempunyai maksud tersirat dalam liriknya.
“Sebenarnya kalau meneliti lagu-lagu solo saya dan juga Lefthanded, hampir 90 peratus adalah lagu-lagu ketuhanan dan secara tak langsung membawa mesej positif kepada pendengar.
“Jadi sebab itu saya tidak mempunyai masalah untuk menyampaikan lagu-lagu ketuhanan. Saya boleh pilih tanpa perlu menukarkan liriknya,” katanya.
Nash berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penglibatannya dalam satu program pertandingan nyanyi di sebuah stesen televisyen.
Bagaimanapun tambah Nash, sebagai orang lama dia juga tidak boleh mengelakkan dari berasa gementar sewaktu membuat persembahan di pentas tersebut.
“Alhamdulillah ramai yang memberikan komen positif, tetapi secara jujurnya saya sendiri tidak dapat elakkan rasa gemuruh setiap minggu.
“Kalau mahu cakap mengenai tersingkir, saya percaya pada rezeki. Ada rezeki kita teruskan, kalau tersingkir saya reda.
“Pada saya bagus juga mempunyai platform seperti ini kerana secara tidak langsung dapat berdakwah melalui karya muzik,” ujarnya kepada Gempak.
Dalam perkembangan terbaharu, Nash bakal menunaikan umrah buat kali keempat pada Januari depan dan bekerjasama dengan agensi umrah, A&M Berkat Travel & Tours Sdn Bhd serta platform lagu-lagu nasyid, Islamic Tunes untuk membawa jemaah Malaysia ke Makkah.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024