Hiburan

Syanie Sokong Usaha Aliff Syukri Bantu Gadis 300kg

Fiza Kamarudin
22/08/2019
02:56 MYT
Sponsor Banner
Syanie Sokong Usaha Aliff Syukri Bantu Gadis 300kg
Pelakon Syanie Hisham menyokong penuh usaha usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri membantu menyelesaikan masalah obesiti seorang gadis dikenali sebagai Wanie.
Wanie berusia 22 tahun, menghadapi masalah ketagihan makan yang agak tinggi dan itu menyebabkan berat badannya hampir mencecah 300kg.
Aliff pada petang Rabu telah memuat naik video dia ke negeri Pahang mengambil Wanie untuk dibawa bertemu pakar terlebih dahulu.
Menerusi ruangan kapsyen, Aliff memberitahu, keadaan Wanie agak serius kerana tidak mampu berjalan.
antar usaha saya tolong wani utk dapatkan rawatan di hospital terebih dahulu.......sebab dia x boleh berjalan dan keadaan dia agak teruk dan atas nasihat dr kami megambil tindakabg mengelakkan ketagihan makan wani yg agak tinggi......seblum apa apa tindakan dilakukan. . . Anda bayangkan tanpa bantuan sesiapa... abang datang daripada Kuala Lumpur ke negeri Pahang demi memberi bantuan iklas tpi bila dah viral ada org yg menghina dan kecam abg??? korang bygkan.. Dari rumah terpaksa guna ambulans nak bawa dia dapatkan rawatan dan team saya sedaya upaya membantu beliau dan keluarga yg kurang berkemampuan......sayang usia nya yg muda dihabiskan dalam keadaan tidak berdaya utk membuat sebarang pekerjaan...abang harap bila wani dah sihat dah boleh jalan mcm orang biasa tak minta balasan pun cuma doakan abang berjaya dunia dan akhirat....jom sama2 kita doakan wani sihat dan boleh berjalan!!! siapa yg fitnah abg lebih2 kata abg ambik kesempatan tu bawalah2 bertaubat........kalau bab mengeji semua serah kat korang!!! Kadang kala bang sedih niat baik abang disalah ertikan bagi abang tak apalah orang yang menghina apa itu biar Allah saja yang balas jangan sampai abang buat tindakan ?
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Sementara itu, di ruangan komen, Syanie meninggalkan komen positif kepada Wanie dan yakin gadis tersebut mampu menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini.
Syanie turut menjawab komen netizen yang mempersoalkan rawatan bakal dilakukan kepada Wanie termasuk mempertikaikan bantuan dihulur Aliff.
Kata Syanie kepada seorang warga net, dia sebelum ini pernah mengalami masalah berat badan berlebihan dan telah menjalani rawatan pintasan usus.
“Saya buat pembedahan pintasan usus, lain daripada sedut lemak. Sebaiknya biarlah dia (Wanie) dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.
“Apa yang terbaik untuk dia…Kalau tak ada sakit apa-apa, pembedahan pintasan usus mungkin boleh membantu dia, Insya-Allah.
“Semoga Allah permudahkan urusan adik Wanie dan murahkan lagi rezeki Datuk Aliff Syukri atas segala yang telah dan hendak dilakukan,” tulisnya.
. . abang buat ini dengan iklas abang buat ini adalah kerana Allah biar apa orang kutuk abang biar orang kejam abang-abang redho.. Secara Jujurnya abang terkejut macam mana adik yg @wani.chomel berusi awal 20an ini boleh berbadan sebesar hampir 300kg sedemikian sampaikan adik ini tidak boleh berjalan dan tidak boleh bahasa berak tidak boleh mandi tidak boleh baring kerana masalah berat badan yang terlalu melampau abang terkejut dan abang tak amat sedih dengan nasib yangBerlaku dengan adik ini bayangkan selama empat tahun adik ini tidak boleh berjalan,x bileh basuh berak sendiri,kencing atau mandi,dan tidak boleh menguruskan diri ,sendiri rupa rupanya ada ini dah lama ingin berjumpa dengan saya insya-Allah abang akan cuba buat yang terbaik untuk menjadikan wani seperti wanita yang normal dengan rezeki yang abang adik doakan semua kejyaan abang untuk membantu adik ini berjaya
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Sebelum ini warga net melemparkan kecaman terhadap Aliff kerana menggunakan perkataan ‘budak gemuk’ untuk merujuk kepada Wanie.
Bagaimanapun jutawan sensasi itu tidak mengendahkan kata-kata negatif mereka, malah semakin bersemangat untuk membantu Wanie menjalani hidup normal dan lebih sihat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024