Laman Utama

Syamsul Yusof Nafi Dakwaan Bersetubuh Luar Nikah Dengan Ira Kazar - “Mungkin Ada Unsur Rasuah…”

Shahrin Zulkifle
22/03/2023
11:45 MYT
Sponsor Banner
Syamsul Yusof Nafi Dakwaan Bersetubuh Luar Nikah Dengan Ira Kazar - “Mungkin Ada Unsur Rasuah…”
Pengarah, Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah yang mendakwa dia pernah melakukan persetubuhan luar nikah.
Menurut Syamsul, 39, tuduhan itu sama sekali tidak berasas. Malah dia turut mempersoalkan ketulusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam mengendalikan kes tersebut.
Tambahnya, kes berkenaan masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.
"Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira Kazar) melakukan persetubuhan luar nikah.
"Minta maaf cakap, Jawi ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya.
"Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah.
"Dan, Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023," katanya kepada Gempak.
Syamsul berkata demikian pada sidang media tergembar yang diadakan di sekitar ibu kota pada Rabu.
Dalam pada itu, pengarah filem Mat Kilau itu menjelaskan pihaknya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Jawi atas sebab dakwaan berhubung siasatan persetubuhan luar nikah yang didakwa isteri pertamanya itu.
Malah, Syamsul akui masih mempunyai rasa cinta terhadap ibu kepada anak-anaknya itu.
"Saya masih lagi suami Puteri Sarah. Saya masih sayangkan dia dan masih berharap dapat berbincang dengannya berkaitan konflik rumah tangga.
"Pada masa sama, ini juga sebagai satu teguran buat Puteri Sarah bahawa saya masih suaminya," ujarnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024