Hiburan

Syamsul Yusof Jadi Gila, Menari Seorang Diri Di Chow Kit

Kamaruddin Razal
04/12/2016
02:45 MYT
Sponsor Banner
Syamsul Yusof Jadi Gila, Menari Seorang Diri Di Chow Kit
Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menceritakan pengalamannya menjadi orang gila dan menari seorang diri di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Pengalaman yang dilalui oleh Syamsul itu merupakan salah satu babak menarik dalam filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Desolasi.
"Antara babak yang harus saya jayakan dalam filem Desolasi adalah babak menjadi 'gila' dan menari seorang diri di Jalan Chow Kit.
"Bayangkan, adegan itu dilakukan pada siang hari dan saya harus menari di hadapan ramai orang. Saya rasa agak segan pada mulanya, namun begitu, apabila saya memikirkan yang saya harus menjayakan karakter 'gila', saya buat sahaja," kata Syamsul kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Syamsul turut mengharapkan agar orang ramai akan menyokong filem ini kerana Desolasi menampilkan sesuatu yang berbeza.
"Tema yang diangkat filem Desolasi agak jarang dijadikan subjek penceritaan filem di Malaysia. Saya berharap agar filem ini mendapat sambutan dan maklumbalas positif ramai pihak.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Syafiq kerana berjaya muncul dengan filem ini dan menggarapnya dengan baik sekali," katanya lagi.
Filem ini berkisarkan mengenai kisah seorang pemuda bernama Aiman yang mencari dirinya. Sering ditimpa musibah, Aiman berdoa agar dia tidak lagi dilanda sebarang masalah.
Namun begitu, perkara pelik terjadi apabila pada suatu hari, Aiman mendapati dirinya tinggal berseorangan di dalam dunia tanpa kehadiran manusia lain.
Selain Syamsul, filem yang bakal ditayangkan pada 8 Disember ini menampilkan Bella Dally, Pekin Ibrahim dan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai teraju utama.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar