Laman Utama

Syafiq Yusof Tak Mahu Berlumba Dengan Keluarga Sendiri - "Abang Dan Ayah Sifu Saya"

Izwan Isa
09/08/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
Syafiq Yusof Tak Mahu Berlumba Dengan Keluarga Sendiri - "Abang Dan Ayah Sifu Saya"
Pengarah, Syafiq Yusof mengakui terbuka dengan komen membina daripada penonton terhadap filemnya memandangkan ia boleh membantu memperbaiki karyanya pada masa akan datang.
Begitupun, Syafiq menjelaskan, dia tidak mahu berlumba dengan abangnya, Syamsul Yusof dan juga ayahnya, Datuk Yusof Haslam.
“Saya tidak pernah berfikir untuk menandingi Syamsul sebab bagi saya, abang serta ayah adalah sifu saya. Saya banyak belajar dengan mereka, dan boleh dilihat menerusi filem-filem saya, acuannya adalah dari mereka.
“Jadi saya tidak fikir nak lawan atau seumpamanya. Dan apabila dilihat filem yang dikeluarkan oleh ayah saya, semuanya laku dan abang pun sama. Tiada satu pun yang tidak laku. Kita tak tahu apa magis yang mereka pakai.
“Seperti filem-filem saya, ada yang laku, ada yang tidak. Jujurnya, siapa tidak mahu berjaya, tapi bapa saya selalu beri saya semangat untuk teruskan berusaha dan tidak berputus asa,” katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan terkini, filem terbaharu arahan Syafiq, Abang Long Fadil 3 bakal menjengah pawagam 8 September ini.
Menerusi Abang Long Fadil 3, penonton dapat menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi.
Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Selain Zizan yang memegang tonggak utama, filem Abang Long Fadil turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024