Hiburan
Suspek Usia 31 Tahun Ugut Bunuh Harith Iskander Ditahan
Polis menahan seorang lelaki disyaki membuat ancaman bunuh terhadap pelawak, Harith Iskander dan keluarganya baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Harith Iskander, Keluarga Terima Ugutan Bunuh, Punca Persembahan Di DFP Dibatalkan!
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.BERITA TRENDING: DFP Batal Program Komedi Berdiri Harith Iskander Malam Ini
Jelasnya, penahanan itu dibuat susulan pengurus pelawak terbabit yang juga bekas isterinya, Dr Jezamine Lim membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada jam 7.31 malam Jumaat.Menurut Razarudin, dalam kejadian pertama, mangsa dihubungi suspek jam 11.21 pagi Selasa lalu ketika berada di hadapan premis restoran Semua House, Jalan Bunus 6, Masjid India.
"Lelaki itu mengugut dengan nada kasar dan ingin membunuh pelawak terbabit susulan beliau ada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ham.
BERITA TRENDING: Jakim Akan Panggil Harith Iskandar
"Dalam kejadian kedua jam 3 petang kelmarin, semasa pengurusnya berada di sebuah restoran nasi lemak di Jalan Bunus 6 di sini, beliau menerima mesej gambar pegun anaknya mengandungi mesej berbaur ugutan," katanya kepada media pada Sabtu.Razarudin berkata, suspek kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK).
"Polis turut merampas telefon bimbit suspek bagi membantu siasatan," katanya.
Untuk rekod Seksyen 506 KK menyentuh kesalahan menakutkan secara jenayah, manakala 509 KK pula mengenai perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Harith terpaksa membatalkan program 'Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter' di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) susulan beliau dan ahli keluarga menerima ancaman bunuh.
BERITA TRENDING: Dakwa Harith Iskander ‘Buka Ruang’ Netizen Hina Agama, Shahrol Shiro Buat Laporan Polis - “Ini Perkara Yang Sangat Kurang Ajar”
Ancaman itu dipercayai selepas pelawak terbabit memuat naik hantaran di media sosial yang cuba membuat jenaka mengenai topik ham, yang kemudian mengundang kecaman netizen kerana didakwa membuka ruang mempersendakan agama. - Sinar HarianMust-Watch Video