Hiburan
Sudah Tiba Masa! Dina Nadzir Bersedia Untuk Berumah Tangga - “Saya Juga Wanita Biasa Yang…”
Penyampai radio dan penyanyi, Dina Nadzir akui dirinya juga mempunyai keinginan untuk dimiliki.
BERITA BERKAITAN: Dina Nadzir Pernah Nak Telan Macam-Macam Ubat Gara-Gara Kemurungan - "Insya-Allah Saya Kena Berdamai Dengan Takdir"
BERITA BERKAITAN: Jaga Pemakanan & Buat Aktiviti Fizikal, Dina Nadzir Berjaya Hilang 17 Kilogram! - “Saya Sekarang Sangat Suka…”
Hampir menjengah ke usia 39 tahun, Dina atau nama lengkapnya Faradina Mohd Nadzir merasakan sudah tiba masanya untuk dia memiliki seseorang yang istimewa dalam hidupnya.
"Alhamdulillah tahun 2025 baik-baik setakat ini. Banyak yang saya mahu mencuba termasuk untuk bercinta dan dicintai. Sudah tiba masa untuk saya ada someone.
“Saya juga wanita biasa yang ada rasa itu dan dah bersedia untuk berumah tangga. Jika dahulu saya tak fikir ini semua, tetapi sekarang lain.
"Saya juga perlukan bila saya balik kerja, ada seseorang tang saya boleh kongsi masalah saya, kongsi rasa gembira saya. Selain itu saya pun teringin ada orang take care saya," katanya.
Dina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Pelancaran Tagline Baharu SINAR 'Muzik Retro Terbaik pada Khamis.
Katanya impian mendirikan rumah tangga juga terbit selepas melihat rakan-rakan selebriti lain mempunyai anak.
"Saya tak takut cuma saya sebelum ini memberi peluang kepada diri saya untuk memiliki seorang buat peneman saya.
“Saya masih berharap (berkahwin) sebab tengok kawan-kawan seperjuangan saya dah ada keluarga sendiri, dah nampak warisan dan legasi mereka," katanya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Malu Tapi Mahu itu juga memberitahu sehingga kini dia masih belum berjumpa dengan insan istimewa yang mampu menakluk hatinya.
Must-Watch Video