Viral

Suami Isteri Terkejut, Dua ‘Hotdog’ Harga Lebih RM3,000

Gempak
28/12/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Isteri Terkejut, Dua ‘Hotdog’ Harga Lebih RM3,000
Sepasang suami isteri di Britain terkejut dikenakan bayaran £618 (RM3,464) untuk dua makanan hotdog di sebuah pasar Krismas, lapor portal berita Mail Online pada Jumaat.
Laure Brumpton, 34, dan suaminya, Alan, 37, membeli makanan tersebut untuk dua anak mereka di pasar Krismas Nottingham.
Semasa melakukan pembayaran, pasangan itu terperanjat kerana caj yang dikenakan sangat mahal.
“Kos untuk dua hotdog melebihi £600 (RM3,363) dan bukan harga yang dijangkakan sekitar £18 (RM101),” kata mereka.
Peniaga tersebut segera memohon maaf. Menurutnya, berlaku kesilapan semasa dia menetapkan bayangan hidangan tersebut.
Peniaga sama mengatakan, bahawa bayaran berlebihan itu akan dipulangkan.
“Kami masih menunggu bayaran balik itu seminggu selepas kejadian,” tambah mereka.
Sumber: Kosmo
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024