Laman Utama

Sorok Hubungan Cinta, Wany Hasrita; "Bukan Rahsia Tapi Belajar Dari Pengalaman Sebelum"

Amri Hassan
23/07/2022
04:55 MYT
Sponsor Banner
Sorok Hubungan Cinta, Wany Hasrita; "Bukan Rahsia Tapi Belajar Dari Pengalaman Sebelum"
Merahsiakan dan kerap mengunci mulut tentang hubungan cinta selama ini, penyanyi Wany Hasrita memberitahu keputusan itu dibuat demi menghormati peribadi kedua-dua belah pihak.
Wany yang telah sah bergelar isteri kepada juruterbang dari Kuching, Sarawak, Mohd Al-Adib Fahmi malam tadi berkata pengalaman terdahulu telah mengajar dirinya.
"Bukan rahsia sebenarnya. Saya pun belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan.
"Itu sebab dalam perhubungan kali ini, saya mengambil pendekatan sebegitu. Biar semuanya sudah confirm barulah kita kongsikan," ujarnya.
Tambah Wany, suaminya bukan individu yang cenderung kepada media sosial atau meminati industri seni namun sentiasa menyokong kerjayanya sebagai penyanyi.
"Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial.
"Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormati," katanya.
Pada majlis yang berlangsung semalam, pasangan pengantin itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56 dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Wany telah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Majlis yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Foto: WSVS.co, Fedtri Yahya, @byariffinsulaiman, Elfira Loy,
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024