Laman Utama

Solidariti Untuk Ukraine! Organisasi Miss Supranational Pula Reject Peserta Dari Rusia

Amri Hassan
03/03/2022
03:45 MYT
Sponsor Banner
Solidariti Untuk Ukraine! Organisasi Miss Supranational Pula Reject Peserta Dari Rusia
Rusia yang mulai melancarkan serangan ketenteraan terhadap Ukraine menyita perhatian masyarakat dunia!
Ramai yang telah mengecam perbuatan Rusia dan terbaharu, organisasi ratu cantik terbesar dunia, Miss Supranational secara rasminya melarang wakil Rusia daripada bertanding tahun ini.
Memaklumkan perkara tersebut di Instagram Miss Supranational Organization, Presidennya, Gerhard Parzutka Von Lipinski mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rusia.
"Ukraine menjadi sebahagian daripada keluarga Supra sejak pertandingan ini dianjurkan pada 2009. Oksana Moria telah memenangi pertandingan ini kali pertama di Poland.
"Hari ini, kami menyertai rakan EU, negara seluruh dunia, persekutuan sukan, penganjuran acara kebudayaan dan ramai lagi berpegang pada kebebasan dan kesatuan.
"Kami tidak akan menerima penyertaan dar Rusia kerana kami tidak menerima tindakan Kremlin," ujarnya.
Pengumuman itu mencetuskan pelbagai pandangan daripada beauty lovers yang bersetuju dengan tindakan tegas mengecam serangan Rusia ke atas Ukraine.
Namun, ada juga yang keliru dengan tindakan organisasi terbabit memandangkan pada dasarnya tiada hubungan antara pertandingan ratu cantik dan isu politik.
Tidak masuk akal kata mereka untuk mencampur adukkan isu politik dalam dasar organisasi ratu cantik!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024