Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

Asyraf Roslan
10/09/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut
Setiap manusia itu dicipta untuk hidup berpasangan.
Namun, bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.

Tiada yang istimewa

Pelantun lagu Puas Sudah itu juga menyatakan bahawa tiada siapa yang istimewa dalam hidupnya buat masa ini.
"Saya tak nak jawab soalan ini sebab banyak hati yang saya kena fikir. Terutamanya ibu saya.
"Ibu saya tak suka kalau saya sentuh isu-isu ini kerana bagi keluarga saya kerja adalah yang utama.
"Tiada siapa yang istimewa, saya fokus bekerja sekarang kalau ada lelaki yang datang dalam hidup saya sekarang dia rugi sebab saya busy," ujar Aina.

ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Jadi Akar Pokok, Ada Daun Gugur, Terapung Ke Udara... Ini Makna Tersirat Di Sebalik Persembahan AJL38

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Tak Cuci 200 Pasang Baju Ikonik, Rancang Buka Galeri

Bila hati Aina nak terbuka?

Pada masa sama, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani,30,tidak berani untuk berbicara lebih mengenai cinta dan membiarkan perkara itu ditentukan oleh yang maha esa.
"Saya tak tahu, ada banyak benda saya nak buat, saya nak buat imajı konsert, saya tengah kumpul lagu untuk album kedua, saya nak fikir Cinta Tak Pernah Tepat Waktu Lagi, banyak benda saya kena fikir.
"Jawapan itu hanya pada Allah, bilakah saya akan bersedia. Saya tak boleh jawab. Saya tak berani nak kata tidak Sebab Nanti Kalau Allah bagi terduduk pulak saya," kata Aina.
Aina ditemui ketika sidang media Konsert Aina Abdul Imaji Tour.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar