Laman Utama

“Skirt Pendek Sangat” - Ditegur Pakaian Kurang Sopan, Ini Jawapan Mimi Lana

Mya Amri
17/09/2020
14:11 MYT
Sponsor Banner
“Skirt Pendek Sangat” - Ditegur Pakaian Kurang Sopan, Ini Jawapan Mimi Lana
Penampilan pelakon Mimi Lana menerusi program MeleTOP mendapat perhatian penonton.
Kehadiran Mimi telah menimbulkan rasa kurang senang penonton dari segi pemakaiannya.
Rata-rata memberikan komen berbentuk nasihat dan kritikan gara-gara persalinan Mimi menyarungkan skirt senteng paras lutut yang dianggap tidak bersesuaian dengan garis panduan stesen televisyen.
“Sepatutnya pakai pakaian yang lebih sopan, skirt pendek sangat, hanya pendapat sahaja”
“Salam kak, bawa-bawalah sopan sikit kak pakai tu. Tahulah tinggi kurus tapi tak berapa onz lah pulak. Janganlah seksi dan daring sangat pakai tu kak. Pakai biasa-biasa pun orang dah boleh terima sekarang,” antara komen yang diterima Mimi.
Bagaimanapun Mimi tidak cepat melatah sebaliknya membalas komen-komen berkenaan dengan respon yang positif.
Selain itu Mimi juga mengambil kritikan tersebut untuk memperbaiki diri.
“InsyaAllah, I will next time dan I wil, I will” merupakan antara respon Mimi.
Terdahulu, Mimi merupakan antara hos jemputan MeleTOP bersama pengacara tetap Nabil Ahmad.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024