Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

Khairil Khusyairi
05/08/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.

Hulur Sumbangan Buat Keluarga

Bercakap kepada Gempak, Siti bagaimanapun tidak berkesempatan untuk menziarahi pelantun lagu Rindu Bayangan itu.
“Pihak kami ada berhubung dengan arwah dan isteri arwah juga ada membalas mesej kami.
“Namun pihak Yayasan Nurjiwa tak sempat ziarah sahaja.

“Pihak Yayasan Nurjiwa juga ada memberikan sumbangan hari ini kepada keluarga arwah,” katanya kepada Gempak.

Kenangan Terindah Bersama

Dalam pada itu, Siti yang pernah berkongsi pentas bersama Jay Jay sewaktu Konsert Satu Suara Vol 3 tahun lalu menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang cermat dalam menjayakan sesuatu persembahan.
“Arwah seorang yang suka melihat hasil kerja sempurna dan bersemangat sewaktu membuat latihan muzik dan juga ketika mengadakan persembahan.

“Dapat bersama-sama arwah adalah kenangan terindah buat saya dan arwah juga terkenal dengan sikap ramah dan suka bercerita pengalaman,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Siti pernah berkongsi pentas bersama Jay Jay dan Ernie Zakri dalam Konsert Satu Suara Vol.3 di Mega Star Arena Sungei Wang pada Mei tahun lalu.
Allahyarham Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Petaling Jaya sebentar tadi.
Allahyarham Jay Jay dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Dedah Pesanan Terakhir Allahyarham Jay Jay - “Pandai-Pandai Nak Hidup Bawa Diri”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Pergi Dengan Tenang Selepas Apa Yang Dilalui” - Isteri Allahyarham Jay Jay

ARTIKEL BERKAITAN: Luah Hasrat Nak Beli Kereta Jenama Antarabangsa, Anak Dedah Jay Jay Tetap Berjuang Di Saat Akhir

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar