Hiburan

Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan Cyst

Asraf Aided
07/09/2018
07:25 MYT
Sponsor Banner
Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan Cyst
Pelakon, pengacara dan penyanyi Siti Elizad telah selamat menjalani pembedahan cyst yang berukuran lapan sentimeter pada pagi semalam.
Pihak admin akaun Instagram Elizad telah memuatnaik beberapa entri untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah datang memberi sokongan dan menziarahi selebriti terkenal itu.
"Terima kasih kepada semua yang datang melawat, ada yang Elizad sedar, ada juga yang masih dalam keadaan mamai.
"Disini kami telah memuatnaik beberapa foto untuk anda yang telah datang melawat, mohon maaf seandainya ada foto-foto yang kami terlepas pandang," tulis admin tersebut.
Terdahulu, Elizad telah mengumumkan tempoh rehatnya sepanjang bulan ini dan akan kembali aktif berlakon pada bulan Oktober.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024