Gaya Hidup

“Siapa Kata Adik-Beradik Tak Boleh Date?” – Abang Bawa Adik Keluar Temujanji Dikecam Netizen

Azwa Rahman
01/10/2019
08:11 MYT
Sponsor Banner
“Siapa Kata Adik-Beradik Tak Boleh Date?” – Abang Bawa Adik Keluar Temujanji Dikecam Netizen
Tindakan seorang abang yang membawa adiknya keluar bersama menerima kecaman apabila mengundang rasa kurang selesa dalam kalangan wargamaya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pemuda yang dikenali sebagai Awang berkongsi sebuah video temujanji tersebut bersama adik perempuannya.
“Siapa kata adik-beradik pun tak boleh date? Well we did it. Sweetnya aku siap buat video lagi,” tulis pemuda tersebut sebagai keterangan entri Twitter yang dikongsinya. Perkongsian video berdurasi hampir tiga minit itu menunjukkan aktiviti pemuda tersebut yang keluar bersama adiknya di sebuah pusat membeli-belah.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah aksi manja seperti suap-menyuap dan lagu latar yang digunakan merupakan sebuah lagu cinta.
Membalas kecaman netizen, Awang sempat menjelaskan gadis tersebut adalah kembarnya dan merupakan satu-satunya adik perempuannya dalam keluarga.
“Ni family kami, kalau duduk sekali memang riuh satu rumah. Korang doakan keluarga kami kekal bahagia sampai syurga ya. By the way, kembar aku tu sorang je perempuan,” tulis Awang menerusi satu bebenang kicauan.
Malah, Awang turut menjelaskan penggunaan lagu cinta sebagai lagu latar dipilih secara rawak.
Lagu Falling Like The Stars nyanyian James Athur itu juga dipilih kerana melodinya yang indah liriknya yang mendalam.
Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang kurang selesa dengan aksi kembar terbabit. Ia turut menarik perhatian pelakon Redza Minhat yang menyatakan adik-beradik tidak sepatutnya keluar bertemujanji. Video temujanji yang dimuat naik semalam sehingga kini telah menerima hampir 600,000 tontonan dan mendapat hampir 13,000 tanda suka daripada wargamaya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024