Laman Utama
Shuib Jadi Orang Terakhir Lihat Jenazah Siti Sarah & Nafi Ahli Freemason: “100% Salah"
Pelawak, pelakon dan usahawan Shuib menegaskan, semua penyebaran mengenai kematian arwah Siti Sarah dan dirinya sebagai ahli Freemason adalah 100 peratus salah dan tidak berasas.
Rentetan itu, Shuib membuat pertemuan empat mata dan menerima permohonan maaf daripada salah seorang penyebar fitnah dirinya di media sosial, Zulhairi bagi meluruskan khabar tidak sahih yang disifatkan melampau.
“Semuanya 100 peratus salah dan tidak berasas.
“Sebab itu saya adakan pertemuan ini dan mahu mendengar daripada mulut Zulhairi sendiri mengenai tindakannya memfitnah saya,” tegas Shuib sewaktu ditemui di premis Bubble Bee, Tasik Permaisuri tengahari tadi.
Shuib juga menegaskan dia boleh menerima jika didakwa sebagai ahli Freemason tetapi bukan seperti penyebab kematian bekas isterinya, arwah Siti Sarah dua tahun lalu.
“Kalau dakwa saya anggota Freemason saya masih boleh terima walaupun perkara itu tidak betul tapi bila sudah babitkan kematian orang (Siti Sarah) itu melampau.
“Ia macam saya pula yang dituduh menyebabkan isteri saya meninggal dunia.
“Saya adalah orang terakhir yang melihat jenazah Siti Sarah di dalam plastik pembungkus mayat.
“Saya tahu semua dan menuduh pihak hospital serta saya menidurkan arwah sangat melampau.
“Sampai anak-anak pun mula bertanya ibu mereka meninggal dunia kerana Covid-19 atau sebab lain,” luah Shuib.
Sehubungan itu Shuib juga menggesa agar pengguna media sosial menggunakan platform masing-masing dengan berhemah sekaligus tidak menyebarkan fitnah.
“Kita orang Islam dan menyebarkan fitnah bukan budaya kita.
“Fikirkan implikasinya. Kesan kepada semua.
“Sebab itu saya buat pertemuan ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa tapi saya fikir jika tidak buat begini hal (fitnah) akan terus berjadi. Sampai bila?
“Jadi tolonglah buat semua pengguna gunakan media sosial dengan sebaiknya,” kata Shuib.
Pada masa sama Shuib turut meminta maaf jika dia pernah menulis atau membuat hantaran yang kurang menyenangkan di platform media sosialnya sebelum ini.
“Di kesempatan ini saya juga nak minta maaf jika pernah terkhilaf membuat hantaran yang kurang menyenangkan di media sosial saya.#GempakNews : Shuib memaafkan individu yang memfitnah dirinya dan arwah isteri pic.twitter.com/sWSp2hiWYZ— Astro Gempak (@Astro_Gempak) July 4, 2023
“Sekali lagi mari kita sama-sama gunakan media sosial dengan berhemah,” katanya.
Shuib yang menggunakan nama @shuibsepahtu di akaun Instagram memiliki 5 juta pengikut.
Must-Watch Video