Hiburan

Sharifah Zarina Izinkan Anak Kahwin Muda Macam Dia, Tapi Mestilah ...

Amri Hassan
05/11/2020
08:50 MYT
Sponsor Banner
Sharifah Zarina Izinkan Anak Kahwin Muda Macam Dia, Tapi Mestilah ...
Penyanyi Sharifah Zarina tidak akan menyekat anak-anaknya untuk berkahwin awal seandainya sudah ketentuan jodoh mereka.
Jelas Zarina, dia reda namun seboleh-bolehnya dia mahu anak-anaknya itu kehidupan mereka terjamin dan stabil sebelum memilih keputusan untuk berkahwin pada usia awal.
"Seperti Athalia misalnya, kalau dijodohkan berkahwin awal saya reda.
"Tapi kalau saya tengok kehidupan dia sekarang, dia sentiasa mencari bahan untuk bekerja... dari kecil lagi sebenarnya dia sangat suka berbisnes.
"Kadang-kadang ada baiknya dia teruskan hidup dia apa yang ada sekarag ini dulu, cari duit dan pelajaran sebanyak mungkin.
"Jadi, apabila sampai masa dia nak kahwin dia dah betul-betul establish. Selepas itu kalau dia nak kahwin terpulang. Saya tiada masalah dan saya reda," kata Zarina.
Sebelum ini, Zarina diminta mengulas mengenai penularan video TikTok seakan-akan menggalakkan golongan muda berkahwin awal sepertinya suatu ketika dahulu.
BACA: "Kahwin Muda Perangai Entah Apa-Apa, Lepas Tu Main TikTok Dengan Anak" - Netizen Hencap Sharifah Zarina Lagi
Zarina mendirikan rumah tangga bersama Buswani Abdillah pada usia 21 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Athalia Deena, Ariana Deena, dan Alfenriz Habeeb.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024