Hiburan

Shakilla Bergegas Keluar Mahkamah, Enggan Komen - “Maaf Korang, Bye Bye”

Mya Amri
22/01/2024
05:19 MYT
Sponsor Banner
Shakilla Bergegas Keluar Mahkamah, Enggan Komen - “Maaf Korang, Bye Bye”
Pelakon, Shakilla Khoriri enggan memberikan komen sejurus tamat prosiding sulh berhubung tuntutan Hadanah itu.
Bagaimanapun Shakilla memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen dan bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah.
“Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak banyak.
“Maaf korang, sorry bye bye sayang thank you so much,” katanya kepada media.

BERITA TRENDING: Shakilla Koriri Bidas Fizi - “Kalau Rasa Nak Bersama Anak Munculkan Diri, Bukan Ghaib

Terdahulu, Fizi memfailkan kes hadanah bulan lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana Shakila enggan membenarkan dia bertemu anaknya.
Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Ameena Sofia.
Untuk info, Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar