Laman Utama

Shahrol Sempat Luang Masa Dengan Datuk Dira Abu Zahar Yang Sedang Berkempen Di Melaka

Fiza Kamarudin
12/11/2021
07:28 MYT
Sponsor Banner
Shahrol Sempat Luang Masa Dengan Datuk Dira Abu Zahar Yang Sedang Berkempen Di Melaka
Pelawak dan pelakon Shahrol Shiro yang kini aktif dalam bidang politik sempat meluangkan masa bersama sahabatnya, Datuk Dira Abu Zahar yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.
Menurut Sharol, setibanya di Melaka dia terus bertemu calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim itu, yang sedang sibuk berkempen.
Bagaimanapun kata Sharol, sikap peramah dan rendah diri Dira tidak pernah berubah dan sejak dahulu lagi, beliau sangat mudah didekati.
Shahrol turut menyifatkan Dira sebagai seorang yang bukan sahaja cantik tetapi seorang yang bijak.
Kata Shahrol, dia dan Dira sempat berbual mengenai banyak perkara termasuk pembangunan yang akan disediakan untuk memanfaatkan penduduk setempat, DUN Rim khususnya.
“Setibanya di Melaka terus berjumpa calon N25 dun Rim Dira Abu Zahar. Perangai gila-gilanya tak pernah berubah tetapi senang didekati.
“Banyak perkara yang disembangkan terutama pembangunan di tempat beliau untuk manfaat masyarakat di sana.
“Kesimpulannya she is not just beauty but with brain. Semoga sukses Dira di sana, sentiasa ingat nawaitu yang selalu awak sebut adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah setempat agar mereka lebih sejahtera.
“Mohon masyarakat di DUN Rim dapat menyokong beliau dan pilihlah calon No 03, iaitu Dira Abu Zahar untuk kestabilan demi kemakmuran Melaka,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Sementara itu Dira menerusi hantaran di Instagram beberapa hari lalu berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding demi mengikut jejak langkah Allahyarham ayahnya, Datuk Seri Abu Zahar.
Kata Zira, DUN Rim, Jasin begitu dekat di hati dan di sanalah kampung, tempat beliau membesar.
“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat.
“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju. Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua.
“Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم, saya memohon agar pengundi N.25 DUN Rim memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua,” katanya. .
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024