Laman Utama

Shafiq Amzah Ditarbiah Netizen, Dilabel Muka Tak Tahu Malu - “Dah Menumpang Kakak, Ada Hati…”

Mya Amri
12/10/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
Shafiq Amzah Ditarbiah Netizen, Dilabel Muka Tak Tahu Malu - “Dah Menumpang Kakak, Ada Hati…”
Susulan konflik keluarga yang melanda, dua adik Shila Amzah iaitu Shafiq dan Syada menjadi perhatian netizen.
Rata-rata netizen melabelkan kedua beradik ini tidak sedar dek untung kerana sanggup melemparkan dakwaan berbaur fitnah terhadap kakak sendiri.
Bagaimanapun netizen lebih meluahkan rasa geram terhadap Shafiq kerana memburukkan kakaknya tanpa rasa malu.
Tidak hanya melibatkan Shila malah Shafiq juga turut memetik nama Ubai ketika bersiaran secara langsung.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan netizen mempertahankan Shila selepas mengetahui perkara sebenar yang terjadi dalam kehidupan penyanyi itu.
Antara komen yang diberikan netizen adalah:
“Masa kahwin pun kakak yang keluarkan belanja. Adoi tak malu,”
“Nak suruh Ubai tu ajar bini… Habis kau elok sangat masa jadi suami, dengan anak pun berculas, bekas isteri dia cakap gitu. Bukan buaya tapi biawak hidup eh orang panggil kalau kene tanggung,”
“Kurang ajar betul adik si Shila ni… Dah bini dia tak kan dia nak diam je. Walaupun dia orang luar tapi dia suami pada kakak kau. Kau yang kena hormat dia. Tak sedar diri hidup kakak tanggung ada hati nak cakap macam-macam,”
BACA: Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”
BACA: Syada Amzah Didakwa Tak Settlekan Job Review Produk Walaupun Dah Dapat Payment?
BACA: Dikerah Kerja Seawal Darjah 4, Suami Dedah Shila Tak Pernah Pegang Wang Tunai, Kad Bank & IC Hingga Usia…
BACA: Pernah Dilempang Adik Sendiri, Shila Amzah Dah Sampai Limit...
Terdahulu, Syada menerusi Instagram Story mendedahkan yang dia dan ibunya, Fauziah Sarman dihalau keluar daripada rumah banglo yang didiami seperti haiwan jalanan.
Tidak berapa lama kemudian, Shila membuat pengakuan yang rumah berkenaan merupakan miliknya dan dia mengambil keputusan untuk menjual rumah itu kerana beranggapan ia terlalu besar untuk keluarganya yang sudah makin mengecil.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar