Hiburan

Sering Diaju Soalan Bila Nak Kahwin, Ini Jawapan Padu Faradhiya

Zulaikha Yusof
23/09/2020
00:46 MYT
Sponsor Banner
Sering Diaju Soalan Bila Nak Kahwin, Ini Jawapan Padu Faradhiya
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya tidak terlepas dari soalan bila nak kahwin daripada segelintir netizen.
Menurut Farahdhiya, 36, seeloknya individu yang bertanya itu memperkenalkannya dengan seorang lelaki yang berpotensi menggalas tanggungjawab suami dengan baik.
"Dari orang sibuk tanya saya bila nak kahwin, baik kenalkan saya dengan lelaki yang baik, boleh?
"Kahwin ni bukan macam nak pilih karipap ye?" tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelantun lagu Bertakhta Di Hati turut memohon agar semua orang belajar untuk menghormati privasi orang lain.
"Dan tolong belajar untuk hormat privasi orang lain," tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan, rata-rata peminat Farahdhiya bersetuju malah turut sama mengalami situasi yang sama.
"@roslimohdtaib: Kan kahwin salah, tak kahwin salah. Cerai salah, anak ramai salah, tak ada anak salah, cerai anak berapa orang? Laki tak bagi duit ke? Ni antara soalan soalan bawang.
"@salenaaziz: Sangat setuju. Jaga hal sendiri saja.
"@ctmyhoney54: Aku yang jadi mak ni pun meluat dengan soalan tu. Anak saya ada karier stabil, rumah 2 buah, enjoy life dia kenapa pulak kita nak sibuk pasal kahwin? Nyampah betul.
"@jimizul: Ramai orang yang berpendidikan tinggi tapi sayangnya tidak mempunyai kebijaksanaan. Sebab tu benda-benda macamni selalu berlaku," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024