Hiburan

“Seorang Muslim Sedaya Upaya Pastikan Muslim Lain Kekal Bukannya...” - Isu Perkahwinan Illi Najwa, Menteri Nasihat Netizen Supaya...

Hanafis Haris
22/12/2020
07:41 MYT
Sponsor Banner
“Seorang Muslim Sedaya Upaya Pastikan Muslim Lain Kekal Bukannya...” - Isu Perkahwinan Illi Najwa, Menteri Nasihat Netizen Supaya...
Sejak akhir-akhir ini kecoh di media sosial mengenai wanita Malaysia yang berkahwin dan melakukan resepsi mengikut ritual agama lain di India.
Kebanyakan netizen dilihat mengecam tindakan itu selain turut mempersoalkan status agama wanita itu selepas video majlis perkahwinan tersebut tular.

Namun, semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akhirnya bersuara mengenai isu tersebut.

Menurut Zulkifli, umat Islam di Malaysia dinasihat supaya lebih berhati-hati ketika berhadapan isu yang berkaitan status agama seseorang Muslim.

Jelas beliau, Islam menuntut umatnya untuk mengesahkan sesuatu maklumat yang diperoleh sebelum membuat sebarang pandangan dan tanggapan.

“Informasi yang diperolehi melalui paparan skrin rakaman video atau hantaran (posting) di media sosial adalah maklumat sekunder dan tertier yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Suka saya untuk menasihati diri saya dan semua umat Islam di Malaysia supaya lebih berhati-hati dalam menanggapi sebarang isu yang berlaku dengan berhemah.

“Seorang Muslim, perlu sedaya upaya memastikan Muslim yang lain kekal dalam agamanya, bukan berusaha mengeluarkannya dari agama Islam, ” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga diminta bersabar dan menantikan penjelasan sebenar daripada pihak yang terlibat berhubung isu pasangan berkenaan.

“Dalam hal ini, wanita berkenaan serta ahli keluarganya jauh lebih mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku termasuk perkara terkait dengan status agamanya dan pasangannya.

“Harapan saya adalah semoga kita dapat bersabar dan menunggu penjelasan daripada pihak berautoriti iaitu pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Zulkifli berkata demikian menerusi satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Terdahulu, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang berkahwin dengan pasangannya yang juga kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dia murtad.

Illi Najwa kemudian membuat permohonan maaf dan mengaku apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suaminya.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024