Laman Utama

Sengaja Buang Susu Tepung Anak Untuk 'Content', Pemilik Butik Pakaian Muslimah Ditegur Netizen

Zulaikha Yusof
27/01/2021
10:20 MYT
Sponsor Banner
Sengaja Buang Susu Tepung Anak Untuk 'Content', Pemilik Butik Pakaian Muslimah Ditegur Netizen
Pemilik jenama dan butik pakaian muslimah Leeyanarahman (LR), Nur Liyana Abdul Rahman sekali lagi mendapat perhatian di media sosial.
Tindakan Liyana sengaja membuang susu tepung anak di atas meja itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Difahamkan, itu sekadar untuk parodi video mengenai perangai suami apabila melakukan kerja rumah.
Walaubagaimanapun, 'content' itu disifatkan tidak sensitif untuk dilakukan terutama di kala negara dilanda pandemik Covid-19.
Rata-rata netizen menyatakan di luar sana ramai keluarga yang berada dalam kesusahan.
Ada ibu bapa yang terpaksa memberi anak minum air kosong atau susu pekat manis disebabkan kesempitan wang ringgit.
"Ada ibu bapa kat luar sana yang terpaksa bagi anak minum susu pekat manis, ada yang terpaksa bagi anak minum air kosong. Jangan lah sebab nak kejar clout, sanggup buang susu anak demi content semata. Makanan tu rezeki Allah, jangan dibuat macam tu.
"Kalau team Sabah saya tengok ni, nangis! Saya selalu marah dorang kalau dorang minta susu pekat nak bagi penduduk yang minta ganti susu anak.
"Tengok ni teringat kes ibu curi makanan dan 'Kool Fever' untuk anak.
"Dorang ni kalau nak buat sesuatu kenapa lah tak fikir dulu baik buruk. Sama ja macam yang buat babi air tu.
"I tengok dia buang susu dengan muka tak bersalah mcm tu rasa nak menangis sangat. Sayang," antara komen-komen di laman Twitter. Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik di Instagram (IG) itu sudah mendapat lebih 250,000 tontonan.
Twitter: @NadiaAzlan
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024