Laman Utama

Sempena Birthday, Chef Wan Sponsor RM10,000 Untuk Serina Buat…

Syafiqah Jalal
02/06/2022
13:44 MYT
Sponsor Banner
Sempena Birthday, Chef Wan Sponsor RM10,000 Untuk Serina Buat…
Cef Selebriti popular, Chef Wan bakal menghadiakan wang sejumlah RM10,000 untuk barang dekorasi rumah anak perempuannya yang juga seorang selebiriti, Serina Redzuawan.
Hadiah itu diberikan Chef Wan atau nama sebenarnya ya Datuk Seri Redzuawan Ismail sempena hari ulang tahun kelahiran Serina yang disambut semalam.
“Dia kata dia tak mahu hadiah tapi saya dah janji dengannya nak beri set meja makan dan sofa baru untuk rumah barunya yang dibeli.
“Saya juga akan berinya karpet lama di rumah yang masih berada dalam keadaan baik. Guna la dari kena beli yang baru.
“Saya juga bantu mereka menymbangkan sedikit wang untuk mereka bina cabinet dapur. Jadi la sumbangan dari bapa. Rezeki saya adalah rezeki anak-anak juga.
“Dah nak siap masuk rumah esok Papa kasi 10k lagi for your other home accessories, lighting and fittings etc. That will be my birthday gift for you,” tulis Chef Wan.
Chef Wan berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik rakaman video Serina yang menyambut hari jadi bersama suaminya.
Menurut Chef Wan bukan Serina sahaja malah anak lelakinya, Chef Riz juga dibantu serba sedikit untuk memasuki rumah baru tidak lama lagi.
Kata Chef Wan dia bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anaknya meskipun mereka sudah besar dan berumah tangga.
“Macam ni la tanggung jawab bapa dari anak itu kecil sampai la dah tua pun seorang bapa yang baik akan mahu membantu.
“Tiada satu bapa pun nak melihat anak-anak mereka di dalam kesusahan. Tak bantu banyak, bantu sedikit pun jadi lah.
“Baik pun menantu sendiri dan cucu-cucu kita. Saya tak suka jika dapat menantu atau pun anak sendiri yang tidak bertanggung jawab kepada rumah tangga masing-masing,” tambahnya lagi.
Tambah Chef Wan dia juga tidak peduli jika ada yang berkata dia lakukan semua termasuk menjaga arwah bekas isterinya yang sakit sebelum ini hanya untuk menunjuk-nunjuka.
“What i care most in my life when going through all this challenges in life i have taken those responsibilities and set a good example to the rest of the world,” tulisnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024