Laman Utama

#SembangGajet: Smackdown Sampai Mati! Mengapa Golongan Profesional Lebih Suka iOS Berbanding Android? Teruk Sangat Ke?

Hanafis Haris
16/03/2021
13:00 MYT
Sponsor Banner
#SembangGajet: Smackdown Sampai Mati! Mengapa Golongan Profesional Lebih Suka iOS Berbanding Android? Teruk Sangat Ke?
Perang antara sistem operasi Android dan iOS seperti tiada penghujung dalam dunia teknologi. Bak kata orang, sampai Abang Jamil mampus!
Biarpun kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing, orang ramai pastinya akan lebih mengangung-agungkan peranti yang mereka guna.
Bercakap mengenai pengalaman, penulis kongsikan apa kelebihan iOS buat golongan profesional.
Perlu diingat penulis merupakan pengguna Android lebih daripada 10 tahun sebelum ‘berhijrah’ kepada ios dua tahun lepas.
Ini antara faktor utama mengikut pandangan peribadi penulis.
#1 Aplikasi Lebih Sempurna dan Lancar
Tiada masalah bagi penulis jika sesuatu aplikasi tidak dihasilkan untuk Android (Clubhouse contohnya), namun apa yang lebih penting ia perlulah direka dengan baik.
Gambaran terbaik penulis boleh kongsikan adalah aplikasi Adobe Lightroom.
Jujurnya peranti lama iOS pun lebih laju ‘render’ gambar daripada Lightroom berbanding ‘flagship’ Android. Ini realiti perlu ditelan.
Mungkin sebab itu jugalah ramai jurugambar atau mobile photographer profesional lebih memilih peranti iOS.
Begitu juga pada aplikasi permainan, kebanyakan peranti iOS lebih lancar menjalankan kadar grafik 60fps.
Belum lagi kita menyentuh tentang Instagram Story. Sudah berapa tahun masalah ini masih belum diselesaikan.
#2 Kemas Kini Sistem Operasi
Jika anda sentiasa mahu sistem operasi Android yang terkini, peranti paling sesuai adalah jenama Google sendiri iaitu Pixel.
Android memerlukan masa agak lama untuk dikemaskini disebabkan pelbagai model yang dihasilkan dari pelbagai syarikat telefon pintar.
Sebab itu juga jangka hayat peranti iOS lebih lama.
#3 Pemindahan Data Lebih Mudah
Entah dimana silapnya, peranti Android antara yang terawal memperkenalkan fungsi NFC atau WiFi direct.
Pemindahan data antara peranti boleh dilakukan dengan laju menggunakan fungsi ini.
Namun, semuanya berubah apabila iOS memperkenalkan fungsi AirDrop.
Tidak cukup dengan itu, AirDrop boleh digunakan oleh iPhone, iPad mahupun Macbook.
Jika ditanya mengapa penulis bertukar kepada iOS, inilah tiga sebab utama.
Walaubagaimanapun, jauh dari sudut hati, penulis masih merasakan peranti Android masih mempunyai kelebihan terbesar yang orang mungkin tidak sedar iaitu bersifat universal.
Sama ada anda, kaya atau miskin, semua berpeluang menikmati fungsi dan teknologi.
Jika tiada Android, mungkin kerajaan sendiri tidak berani untuk pengambilan vaksin didaftarkan menerusi aplikasi MySejahtera.
Apapun, jangan bergaduh, semua teknologi anda kelebihan mereka tersendiri.
Semoga bertemu lagi di minggu depan dalam #SembangGajet!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024