Viral

Self Claim Influencer, Athalia Tampil Selepas Teruk Dibidas Netizen - "Influencing Is Just A Job, Saya Menyumbang Kepada Komuniti"

Amri Hassan
12/10/2020
04:09 MYT
Sponsor Banner
Self Claim Influencer, Athalia Tampil Selepas Teruk Dibidas Netizen - "Influencing Is Just A Job, Saya Menyumbang Kepada Komuniti"
Selepas mendapat kritikan dan kecaman hebat netizen, anak kepada Sharifah Zarina, Athalia tampil menjelaskan pengertian influencer yang merujuk kepada dirinya menerusi sepotong video yang tular baru-baru ini.
Jelas Athalia, influencer hanya satu kerjaya dan dia masih individu biasa yang hanya menyumbang semula kepada komuniti menerusi platform media sosial.
"Influencer hanya satu kerjaya, walaupun saya cakap saya influencer ia tidak mengubah apa-apa. Saya masih individu normal, itu yang saya lihat.
"Dan di Malaysia pun ramai influencer hebat. Baik influencer atau artis, kami cuba melakukan kerja kami dan saya tidak claim diri saya antara salah seorang daripada mereka. Jangan tersilap.
"Saya tidaklah menyatakan saya ini seorang influencer, saya hanya menyokong dan menyumbangkan semula kepada komuniti. Ia hanya merujuk kepada kerja yang saya buat dan itu tanggungjawab saya," katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform TikTok pada Ahad.
Video terbabit bagaimanapun telah dipadamkan dari platform terbabit.
Terdahulu, sepotong videonya yang tersinggung dengan layanan pekerja dan servis di sebuah restoran hipster di ibu kota tular di media sosial.
Katanya dalam video terbabit, dia mewakili dirinya dan keluarga pada masa sama enggan individu lain berdepan nasib sepertinya.
"Saya bersuara bukan sebab saya influencer tetapi kerana saya tak nak orang lain kat luar tu kena juga seperti saya," katanya dalam video berkenaan yang turut ditemani ibunya, Sharifah Zarina.
BACA: Tak Puas Hati Dengan ‘Restoran Hipster’, Sharifah Zarina & Anak Tular Lagi!
BACA: Pemilik Restoran Cari Peguam Untuk Fitnah Yang Didakwa Sharifah Zarina & Athalia
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024