Berita

"Selera Dia Memang Tembam-Tembamlah Kot, Tapi..." - Zulin Aziz Tak Mahu Sekadar Jadi Opsyen...

ZULHILMI JALIL
29/01/2020
02:17 MYT
Sponsor Banner
"Selera Dia Memang Tembam-Tembamlah Kot, Tapi..." - Zulin Aziz Tak Mahu Sekadar Jadi Opsyen...
Pelakon dan pengacara Zulin Aziz meluahkan pandangan sinisnya terhadap penerimaan sesetengah individu yang kononnya boleh menerima kehadiran golongan wanita berbadan gempal dalam hidup mereka.
Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, berkata, hakikat sebenar, wanita yang berbadan ramping sering menjadi pilihan ramai untuk ditatap.
"Terima aku seadanya? Tak ada maknanya! Depan kita dia cakap okay tapi belakang kita kutuk-kutuk kita gemuk. Paling-paling pun mengejek kita tembam lah, kenderaan beratlah apa lah. Acah-acah bergurau hakikatnya dia memang sengaja nak cakap kita gemuk.
"Selera dia memang tembam-tembam lah kot tapi minah pakai bikini badan lekok yang dia stalk setiap hari. Dia nak minah lekok tapi tak dapat jadi dia ok jelah mana ada kot. Sampai bila nak jadi sekadar opsyen utk dia," tulis Zulin.
Zulin meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Terima aku seadanya? Takde maknanya! Depan kita dia ckp okay tp belakang kita kutuk2 kita gemuk. Paling2 pun mengejek kita tembam lah,kenderaan beratlah apa lah.acah2 bergurau hakikatnya dia mmg saja nk ckp kita gemuk. . Taste dia mmg tembam2 lah kot tp Minah pakai bikini badan lekok yg dia stalk tiap hari. Dia nak minah lekok tp tak dpt jadi dia ok jelah mana ada kot ? . Sampai bila?nak jadi sekadar option utk dia.Hey! tunggu! . Sampai dah rasa semangat berkobar2 tu,kau sendri angkat kaki dan nak cari yg lebih baik.Sebab?kau rasa berbaloi ke kau buat mcm2 utk org yg xhargai kau? . Buat utk diri sendri.Masih belum terlambat.Tiap hari ade peluang utk ubah cara hidup,pemakanan utk lebih sihat dan yg paling penting taraf keyakinan diri kita . . Ramai yg tanya saya.Sekadar tanya atau nak ikut saya?Takde sapa nak gemuk dan tak sihat.Kalau nak suruh cerita,semua ada cerita tersendiri. Kita yg kena ada usaha.Takde usaha tak jalan.Ibarat tunggu duit jatuh dari langit. . Banyak kali gagal tak apa tapi berapa kali kita bangun dan kita cuba tu yg paling penting. . mereka nak ketawa dan perlekehkan usaha kita?silakan.Buktikan.kalau gagal buat lg esok.. kita buat utk kita. kita nak sehat kita nak cantik. kita buat sampai kita rasa puas hati. kita yg buat. . Kau bukan tak boleh buat tp kau MALAS!
A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on
Menerusi entri tersebut Zulin turut berkongsi gambar transformasi dirinya yang terkini.
Katanya, dia tekad berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih ideal bukan untuk orang lain, tetapi sebaliknya untuk kepuasan diri sendiri.
"Tak ada siapa nak gemuk dan tak sihat. Kalau nak suruh cerita, semua ada cerita tersendiri. Kita yang kena ada usaha. Tak ada usaha tak jalan. Ibarat tunggu duit jatuh dari langit.
"Buat untuk diri sendri. Masih belum terlambat. Tiap hari ada peluang untuk ubah cara hidup, pemakanan untuk lebih sihat dan yang paling penting taraf keyakinan diri kita.
"Banyak kali gagal tak apa tapi berapa kali kita bangun dan kita cuba itu yang paling penting. Mereka nak ketawa dan perlekehkan usaha kita? Silakan. Buktikan kalau gagal buat lagi esok," tulisnya di Instagram.
BACA: Zulin Aziz Kurus Sebab Nak Cepat Dapat Jodoh?
Zulin merupakan artis yang memang dikenali dengan usaha dan semangatnya untuk menurunkan berat badan sejak beberapa tahun sudah.
BACA: Zulin Aziz Bertinju Untuk Turunkan Berat Badan
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024