Viral
Selepas Logo NCT Dream, Kieda Crepe Didakwa Plagiat Logo Kelab Elephant Army?
Selepas dikatakan memplagiat logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream untuk rekaan baju t-shirt merchandisenya, pempengaruh Kieda Crepe kini didakwa menggunakan logo kelab Ultras Pahang, Elephant Army pula.
Elephant Army beri kenyataan
Susulan daripada itu, pihak Elephant Army tampil bersuara mengenai isu tersebut.
Menerusi satu kenyataaan rasmi yang dikongsi di laman media sosial, Elephant Army telah menjelaskan bahawa tiada sebarang kerjasama yang terjalin di antara pihaknya dan pempengaruh tersebut.
Kenyataan rasmi Elephant Army berhubung insiden penggunaan logo EA tanpa izin.Respect the logo!#DirgahayuDarulMakmur pic.twitter.com/JHpFIaWVon— Elephant Army (@ElephantArmy) July 22, 2024
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi sebarang kenyataan balas yang dikeluarkan oleh pihak pempengaruh tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Tahun Menunggu, Kieda Crepe Hamil Anak Ketiga
ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM - “Makna Kata Dalam Depa Duk Bicara Kes, Masih Lagi Bergiat Aktif”
Terdahulu, tular di media sosial apabila netizen mempersoalkan rekaan baju Kieda Crepe itu yang didakwa mengambil logo kumpulan tersebut tanpa kebenaran.ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
ARTIKEL BERKAITAN: NCT Dream Terjemah Personaliti Tersendiri Menerusi Koleksi Aksesori Telefon Bimbit ‘Dream Night Chit Chat'
Must-Watch Video