Gaya Hidup

Selepas Galaxy Note 7, Giliran MacBook Pula Dilarang Oleh Syarikat Penerbangan...

Hanafis Haris
04/09/2019
10:19 MYT
Sponsor Banner
Selepas Galaxy Note 7, Giliran MacBook Pula Dilarang Oleh Syarikat Penerbangan...
Masih ingat lagi kontroversi melanda model Samsung Galaxy Note 7 tiga tahun lalu?
Disebabkan masalah pada bateri hingga boleh menyebabkan kebakaran, model tersebut dilarang memasuki mana-mana penerbangan.
Namun, itu kisah tiga tahun lalu dan terbaru, model komputer riba MacBook Pro dari Apple mendapat nasib yang sama.
Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Malaysia Airlines (MAS), penumpang kini dilarang untuk membawa MacBook Pro 15 inci yang dijual sekitar September 2015 dan Februari 2017.
Menurut MAS, model tersebut telah diperakui syarikat Apple yang mana ia mempunyai masalah panas melampau pada bateri dan cenderung untuk terbakar.
"Model MacBook Pro 15 inci dilarang dibawa masuk sebagai bagasi penerbangan. Penumpang walaubagaimanapun boleh membawa sebagai 'hand carry' dengan beberapa syarat.
"Peranti mestilah dipadam sepanjang penerbangan dan dilarang sama sekali untuk tujuan pengecasan.
"Maklumkan krew kabin sekiranya peranti mengalami masalah seperti panas atau mengeluarkan asap," kata kenyataan tersebut. Difahamkan, selain MAS, penerbangan lain melarang kemasukan model ini adalah Malindo Air.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024