Berita

“Selepas 18 Tahun, Allah Hantarkan Dia...”- Hari Lahir Fattah Amin Sama Dengan Tarikh Pemergian Bapa Fazura

Syafiqah Jalal
14/09/2018
03:21 MYT
Sponsor Banner
“Selepas 18 Tahun, Allah Hantarkan Dia...”- Hari Lahir Fattah Amin Sama Dengan Tarikh Pemergian Bapa Fazura
Sempena hari lahir aktor Fattah Amin pada hari ini, pelakon Fazura telah menulis ucapan yang manis dan bermakna buat suaminya.
Menurut Fazura 14 September merupakan tarikh yang memberi dua makna berbeza dalam hidupnya kerana ia mengingatkan hari di mana pemergian bapanya dalam masa yang sama ia juga merupakan tarikh lahir suami tercinta.
Fazura bersyukur kerana Allah menghantar Fattah untuk menyayanginya serta melindunginya.
“Saya kehilangan bapa tersayang pada 14 September, 18 tahun lalu dan pada tarikh yang sama Allah hantarkan dia (Fattah) kedunia. Dia lah yang menerangi hidup saya dan dia juga telah mencuri hati saya buat selamanya.
“Dia dihantar untuk menjaga dan melindungi saya serta menyayangi saya sepenuh hatinya. Saya tak boleh luahkan bagaimana rasa syukur saya memilikinya.
“Terima kasih kerana menyayangi saya dan terima kasih kerana menjadi diri awak sebenarnya.
“Saya sayangkan awak sepenuh hati saya. Selamat hari lahir suami ku,” katanya.
Fazura menulis ucapan istimewa buat suaminya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu turut memuat naik video khas buat Fattah.
Fazura kini berada di New York, Amerika Syarikat untuk New York Fashion Week.
Sementara itu, menerusi kemas kini terbaharu Fazura telah menulis ucapan sempena mengingati pemergian bapanya.
“Saya harap kamu (bapa) ada peluang untuk mengenali dia (Fattah), saya tahu kamu pasti akan menyayanginya.
“Rindu kamu (bapa) dan berharap kamu boleh sentiasa bersama saya. Saya sayangkan kamu.
“Doa semoga kita bertemu selamanya di Jannah,” luahnya.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024