Hiburan

Selangor Modest Fashion Buka Peluang Untuk Pereka Tempatan Angkat Martabat Fesyen Santun

Asraf Aided
08/11/2019
10:02 MYT
Sponsor Banner
Selangor Modest Fashion Buka Peluang Untuk Pereka Tempatan Angkat Martabat Fesyen Santun
Selangor Modest Fashion bakal tampil penuh bergaya untuk mewarnai industri fesyen tanah air dan mengangkat martabat fesyen santun yang tidak menampakkan susuk tubuh.
Selangor Modest Fashion merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Invest Selangor Berhad bagi merealisasikan wawasan Kerajaan Negeri untuk melahirkan pengkarya bertaraf dunia dan menempatkan Selangor sebagai hab fesyen busana santun.
Acara ini juga merupakan kolaborasi bersama Yayasan Raja Muda Selangor, Selangor Youth Community, Entrepreneurship Selangor dan Royale Demure.
Selangor Modest Fesyen mengumpul pereka dari pelbagai lapisan yanbg terdiri dari perantis hinggalah pereka yang sudah lama bertapak dan berpengalaman.
Acara berprestij ini telah membuka tirai mempersembahkan 10 kapsul rekaan 'ready to wear' (RTW) di Sunway Resort Hotel & Spa pada malam Rabu lalu.
Acara itu telah dihadiri oleh Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj bersama dengan Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari serta Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, YBhg Datuk Hasan Azhari.
"Industri fesyen di Malaysia tumbuh dengan pesat pada kadar 12% setahun dan menyumbang kepada pendapatan negeri yang dijangka meningkat kepada RM 5.5 billion menjelang 2023, berbanding RM 3.5 billion pada tahun 2019.
"Setiap tahun, bakat-bakat baru dicungkil dan kebanyakan mereka berpusat di Malaysia.
"Selangor khususnya Bangiu dan Shah Alam, sentiasa dikaitkan dengan busana santun dan kita seharusnya pantas merebut peluang segmen pasaran ini dalam industri fesyen," kata Amirudin.
Gala fesyen bagi acara ini akan diadakan pada 3 Disember 2019 di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur.
Ia bertujuan untuk menjalin hubungan dengan kerabat Diraja dalam dan luar negara, sosialit, tokoh korporat, selebriti dan individu penting lain bagi membantui mempromosikan industri fesyen busana santun di Selangor.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024