Laman Utama

Selamba Drip Vitamin C Gantung Dalam Kereta, Doktor Ini Terus ‘Sekolahkan’ Netizen - “Boleh Dihukum Penjara Sebab…”

Hanafis Haris
01/03/2021
10:25 MYT
Sponsor Banner
Selamba Drip Vitamin C Gantung Dalam Kereta, Doktor Ini Terus ‘Sekolahkan’ Netizen - “Boleh Dihukum Penjara Sebab…”

Isu perkhidmatan suntikan atau ‘drip’ vitamin C sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila tularnya sebuah video memaparkan proses berkenaan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, video tersebut memaparkan seorang pengguna yang melakukan ‘drip vitamin C’ hanya di dalam kereta.

Biarpun tidak pasti sama ada ia berlaku di Malaysia ataupun negara jiran, namun ia masih menjadi perdebatan ramai.

Antara yang tampil menjelaskan keburukan tindakan tersebut adalah Dr Lim Ing Kien.

Menerusi satu video di Instagram, Dr Lim menjelaskan perkhidmatan suntikan vitamin C yang dilakukan oleh individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara.

“Suntikan vitamin C demi kecantikan adalah haram dari segi undang-undang.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menang tak benarkan cucuk vitamin C, kalau siapa-siapa cucuk vitamin C untuk orang lain akan dipenjara selama beberapa tahun.

“Kita juga tiada kajian keselamatan, jangka masa panjang tak tahu bila cucuk ada side efek buruk atau tidak.

“Sebagai doktor saya tidak benarkan pesakit saya cucuk vitamin C,” katanya.

Tambahnya, sumber vitamin C digunakan juga tidak dikenal pasti daripada mana sumbernya..

“Tiada kilang dibenarkan untuk keluarkan vitamin C demi kecantikan,” katanya.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024