Laman Utama

“Selamat Ulang Tahun Ke-21 Kak Ngah” - Kes Pembunuhan Kejam Nurin Jazlin Tidak Pernah Ditutup Sejak 2007

Azwa Rahman
13/09/2020
05:09 MYT
Sponsor Banner
“Selamat Ulang Tahun Ke-21 Kak Ngah” - Kes Pembunuhan Kejam Nurin Jazlin Tidak Pernah Ditutup Sejak 2007
Siasatan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin sentiasa aktif dan tidak pernah ditutup.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, bukti penting dalam kes berkenaan sentiasa berada dalam bank data PDRM.
"Kes ini sentiasa aktif, namun PDRM masih belum mendapat apa-apa petunjuk baharu. "Bagaimanapun, bukti-bukti penting seperti deoxyribonucleic acid (DNA) berhubung kes ini masih berada dalam bank data kami untuk rujukan apabila diperlukan kelak," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya tidak pernah menutup kes berkenaan.
"Kami tidak pernah tutup kes itu. Kalau ada petunjuk baharu, kami akan ambil tindakan," katanya lagi.
Pada Jumaat, bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, 47, berkongsi foto menziarahi pusara anaknya bersempena tarikh ulang tahun kelahiran.
“11 sept 99, jam 6.30 pagi lahir Nurin Jazlin ke dunia di pinjam hanya sementara dan meninggalkan keluarganya di dunia selama-lamanya pada 17 sept 2007, selamat ulang tahun ke-21 kak ngah. Al-fatihah dibaca,” tulis Jazimin di Facebook miliknya.
Sebelum ini, media melaporkan Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007.
Mangsa dikatakan dilarikan seorang lelaki menaiki sebuah van putih.
Pada 17 September 2007, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum keputusan ujian DNA mengesahkan mangsa adalah Nurin Jazlin.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024