Laman Utama

“Selama Ni Tak Pernah Terfikir…” - Jalani Prosedur Kolonoskopi, Tiara Jacquelina Terharu Ramai Beri Semangat

Mya Amri
20/04/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Selama Ni Tak Pernah Terfikir…” - Jalani Prosedur Kolonoskopi, Tiara Jacquelina Terharu Ramai Beri Semangat
Pelakon dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina melahirkan rasa terharu atas kata-kata semangat yang diberikan oleh pengikut Instagramnya.
Menurut Tiara, komen-komen positif itu membuatkan dirinya terasa disayangi dan dihargai.
"Saya rasa disayangi, ramai yang meninggalkan komen dan mesej kepada saya memberi kata-kata semangat.
"Alhamdulillah, untungnya saya masih menikmati kehidupan dan merasa kasih sayang dari semua.
"Ada juga sesetengah orang yang akan dihargai atau disebut-sebut setelah mereka tiada, ketika itu mereka sudah tidak tahu apa-apa.
"Saya kerja keras bertahun-tahun selama ini tak pernah terfikir tentang apa yang orang rasa tentang saya, saya sangat terharu," katanya kepada Gempak.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya sebelum ini, Tiara memaklumkan dirinya menjalani prosedur kolonoskopi di sebuah hospital swasta.
Bagaimanapun kata Tiara, dia bersyukur dan menarik nafas lega sebaik sahaja mendapat keputusan selepas menjalani prosedur berkenaan.
“Doktor memberitahu hasil skop saya menunjukkan bahawa itu hanyalah gastritis dan bukan sesuatu yang lebih ‘menyeramkan’.
“Alhamdulillah. Saya berasa sangat diberkati dan bersyukur. Bayangkan jika ini adalah senario yang berbeza, dan jika saya mempunyai berita buruk untuk dikongsi.
“Rasa bersyukur sangat dikelilingi keluarga tersayang, teman-teman artis dan juga peminat yang memberikan kata semangat dan mendoakan prosedur berjalan lancar. Berkat doa anda semua, everything is good - it's just gastritis, I can live with that,” tulisnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024