Berita

“Sekarang Ni Nak Peluk Pon Tak Sampai, Perut Bertemu Perut”- Amar Baharin

Syafiqah Jalal
18/12/2019
04:33 MYT
Sponsor Banner
“Sekarang Ni Nak Peluk Pon Tak Sampai, Perut Bertemu Perut”- Amar Baharin
Pelakon Amyra Rosly teruja apabila suaminya, Amar Baharin memberitahu bakal mengadakan suatu kejutan istimewa buatnya pada hujung minggu ini.
Menurut Amyra yang kini hamil anak kedua itu, dia yakin apa jua kejutan yang dilakukan oleh Amar pasti akan memberi sesuatu yang bermakna buat dirinya.
“OMG! Like seriously daddy!! Im sure whatever yang daddy plan will always be meaningful to me! .
“Cant wait for the suprise!” Tulisnya.
Amyra memuat naik kapsyen tersebut di Instagram miliknya selepas Amar memberitahu mahu mengadakan kejutan di dalam komen entri sebelumnya.
“Alalala sweetnya post gambar manja-manja ni.
“Maklumlah sekarang ni nak peluk pon tak sampai, perut bertemu perut.
“Mommy, tak sabar nak bagitahu, next week ada suprise for you. Hope you like it.
“Lama dah tak spend time together,” tulis Amar.
Amar membalas komen Amyra di satu entri Instagram isterinya yang memuat naik foto mereka berdua berpelukan di dalam slot MegaDrama Astro Ria, Cemburu Seorang Perempuan.
Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata suka melihat pasangan bahagia tersebut bersama.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024