Laman Utama

“Sehari Saya Bagi..” - Latih Anak Berpuasa, Ayu Damit ‘Pancing’ Dengan Duit Sebanyak…

Hanafis Haris
15/04/2022
06:43 MYT
Sponsor Banner
“Sehari Saya Bagi..” - Latih Anak Berpuasa, Ayu Damit ‘Pancing’ Dengan Duit Sebanyak…

Setiap kali munculnya Ramadan, pasti golongan ibu bapa sudah memikirkan cara dan keadah terbaik untuk mendidik dan melatih anak-anak berpuasa.

Bagi penyanyi Ayu Damit, dia mempunyai cara tersendiri dalam mengajar anaknya untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.

Menurutnya, dia ‘memancing’ anak-anaknya dengan memperuntukkan ganjaran RM10 sehari sekiranya berjaya berpuasa penuh pada hari tersebut.

Menurut Ayu, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata yang semakin membesar, dia mahu melatih anaknya supaya lebih bersemangat menjalani ibadah puasa.

“Tahun ini anak bongsu saya dah mula belajar berpuasa. Jadi untuk support dia, saya berikan ganjaran RM10 untuk satu hari dia berpuasa penuh.

“Hari pertama puasa Alhamdulillah dia puasa penuh tapi masuk hari kedua mungkin sebab dia bersekolah, dia berpuasa separuh hari sahaja,” katanya.

Jelasnya, ganjaran tersebut turut diberikan biarpun anaknya sekadar mampu berpuasa separuh hari.

“Kalau separuh hari, saya bagi separuh untuk dia dan disebabkan dia rasa sikit, jadi dia cuba bersungguh-sungguh untuk terus berpuasa penuh hari-hari berikutnya.

“Saya memang train anak-anak macam itu supaya mereka rasa bersemangat nak berpuasa dan ‘ganjaran’ wang itu saya akan beri pada malam raya nanti,” kata Ayu.

Sekadar info, hasil perkahwinan dengan suami, Syed Fauzi, Ayu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 13, Sharifah Alya Aryana, 10, dan Syed Aqif Najmi yang kini berusia tujuh tahun.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024